May 29, 2011

C...

Vitamin C

Vitamin C atau Asid L-askorbik atau L-askorbat merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi. Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.

Vitamin C mengurai dalam keadaan tertentu, terutamanya ketika memasak makanan. Tumpuan Vitamin C dalam pelbagai bahan makanan beransur berkurangan seimbang dengan suhu tempat simpanannya, jadi pemasakan boleh mengurangkan kira-kira 60% kandungan Vitamin C dalam sayur-sayuran kerana pemusnahan enzim mendadak yang lebih menjadi sekitar takat didih.Makin lama memasak, makin banyak juga vitamin yang hilang, begitu juga dengan bekas makanan buatan tembaga yang memangkin penguraian.
Satu lagi punca kehilangan vitamin C dalam makanan adalah larut lesap, iaitu vitamin yang larut air melarut dalam air masakan, kemudian dibuang tanpa gunanya. Bagaimanapun, vitamin C tidak melarut lesap dalam semua sayuran pada kadar yang sama; kajian menunjukkan bahawa brokoli kelihatan lebih mampu mengekalkan lebih banyak vitamin C berbanding jenis sayur yang lain. Kajian juga menunjukkan bahawa buah-buahan yang yang baru dipetik tidak kehilangan nutrien penting apabila disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari.

Penokok Vitamin C

Vitamin C banyak terdapat dalam bentuk tablet dan serbuk. Jenama Redoxon yang dilancarkan oleh Hoffmann-La Roche pada tahun 1934, merupakan vitamin C sintetik keluaran massa yang pertama.
Vitamin C banyak diambil oleh pengguna sebagai makanan tambahan atau penokok  yang boleh diperolehi dalam bentuk kaplet, tablet, kapsul, paket pra-campuran minuman, bentuk perumusan multi-vitamin, perumusan antioksidan berganda, dan serbuk hablur. Versi keluaran bermasa juga turut disediakan, seperti perumusan yang mengandungi bahan bioflavonoid seperti kuersetin, hesperidin dan rutin. Saiz tablet dan kapsul biasanya berukuran dari 25 mg hingga 1500 mg. Vitamin C (Asid Askorbik) kristal biasanya terdapat dalam sediaan botol yang mengandungi 300 g hingga 1 kg serbuk (satu camca vitamin C kristal bersamaan 5,000 mg).

Sintesis industri

Vitamin C dihasilkan dari glukosa melalui dua kaedah utama. Proses Reichstein yang dibangunkan pada 1930-an, menggunakan sekali pra-penapaian diikuti oleh kaedah berkimia semata-mata. Proses moden penapaian berlangkah dua yang asalnya dibangunkan di China pada 1960-an, menggunakan penapaian tambahan sebagai ganti kepada peringkat kimia selanjutnya. Kedua-dua proses menghasilkan kira-kira 60% vitamin C dari suapan glukosa.
Pengeluaran vitamin C sintesis sedunia kini dianggarkan pada 110,000 ton setahun. Antara pengeluar utamanya termasuk BASF/Takeda, DSM, Merck dan China Pharmaceutical Group Ltd. China semakin menjadi pembelak utama dunia kerana harganya juah lebih rendah daripada pengeluar AS dan Eropah. Harga vitamin C sedunia naik mendadak pada tahun 2008 disebabkan peningkatan harga makanan asas dan juga jangkaan penutupan dua kilang China di Shijiazhuang dekat Beijing, dalam langkah penutupan industri pencemar secara amnya di China sewaktu berlangsungnya sukan Olimpik.Pada tahun 2008, hanya kilang DSM di Scotland yang masih beroperasi di luar persaingan harga yang sengit dari China.

No comments:

Post a Comment

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...