March 30, 2011

yang kucari sejarahnya......pekaka atau tanjung

Sejarah Keris Tajung boleh di kesani semula sehingga kezaman seawal abad ke 2 bilamana kerajaan Langkasuka mula-mula bertapak. Kerajaan ini kemudiannya dikenali sebagai Pattani, dipercayai adalah satu tamaddun yang terawal ujud di sebelah sini.
Keris Tajung yang bermaruah dan amat istimewa ini telah melalui beratus tahun proses penghalusannya hingga kepada apa yang terdapat pada hari ini.

Walaubagaimanapun ia selalu menjadi barangan yang utama didalam kebesaran kerajaan Melayu yang membawa erti kekuatan, kekuasaan dan simbol pemerintahan raja yang menyaksikan raja sebagai watikah untuk memerintah.
Satu kerja seni yang amat tinggi, Keris Tajung adalah satu yang unik. Penghasilannya hanya berjaya dengan pengetahuan yang amat mendalam terhadap simbolik dan penggunaan bahan yang terpilih yang bergabung dengan seorang seniman yang betul-betul berdedikasi.
Hingga kini, penilaian keris tajung sebagai satu objek seni selalu di lindungi dengan kepercayaan yang lebih terhadap kekuatan mistikal. Sesuatu yang sangat perlu dilakukan ialah untuk menyedarkan semula masyarakat agar mereka mengenali dan menghargai karya seni ini.

Usaha ini  perlu dipercepatkan kerana objek yang telah ujud beratus tahun ini mengandungi sejarah disebaliknya.  Keris tajung ini tersimpan sebagai bukti sejarah yang telah melalui proses penghalusan dan menjadi tonggak kepada Tamaddun Sejarah Melayu.
Proses ini akan memakan masa tetapi kepada mereka yang mengetahui dan menghargai, Keris tajung akan terus menjadi bahan bukti akar umbi yang sudah pastinya akan menguatkan  lagi warisan sejarah dan yang paling penting sebagai objek seni yang tinggi.

Keris Tajung selimbat lepas,
            Jatuh dikaki kaki tak luka
Peluk cium bertukar nafas,
            Jatuh dihati hati tak lupa.

terima kasih daerah kami

March 29, 2011

aku idamkan.....



aku idamkan sebilah keris pekaka atau nama lainnya tajung dan badik ukir seperti ini akan jadi milika aku pada satu hari nanti..... nanti itu bila aku pun tak tahu.....yang pastinya bila kita berusha untuk mendapatkan sesuatu peluang untuk memilikinya pasti akan ada....bagi aku....aku sedang berusaha utuk mendapatkan dua benda ini.....

March 21, 2011

pertemuan dgn lang...

cuti sekolah lalu aku jalan2 bawak anak2 pergi bercuti kat bukit merah... dalam perjalanan pulang aku singgah bermalam di kampung changkat lade kg aku lerrrr... dan sempat pergi ke pekan teluk intan utk beli dapur opah yang baru... sbb dapurnya dah rosak... sambil beli dapur sempat juga kau singgah kat tempat org jual2 senjata2 melayu di teluk intan dan hasilnya dapat lah aku sebilah parang yang aku gelarkan lang kuik si parang terbang hahahahahaha ok tak...
 sijalak dah ada kawan


March 14, 2011

cincin aku sayang....

ni dia dua bentuk cicin yang aku suka pakai yang warna unggu tu namanya delima daging aku dapat masa aku tgh gila cari batu cincin kat pasar keramat... yang warna merah aku tak pasti batu apa tapi yang pentingnya batu ni opah aku beli masa dia buat umrah dgn mak pada tahun 2010... opah aku masuk ni dah 3 kali bagi aku batu cincin dan pernah dua kali dia siap tempah kan aku cincin suasa tapi aku tak jaga dgn baik ceritanya segan pulak aku nak ceritakan tak per laaaa biar aku sendiri jer yang tahu mana perginya cincin yang opah aku buat kan tu...... cerita lama yang meyedihkan.....

March 9, 2011

CBR250R

2011 Honda CBR250R
Honda telah mengeluar dan menawarkan model terbaru, CBR250R di Thailand pada November lepas. Yang menariknya motosikal tourer ini adalah model global yang mana senarai importnya adalah Jepun, Eropah, Amerika Utara, Australia dan ASEAN. Bila bercakap pasal ASEAN maknanya Malaysia pun masuk senarai jo!
Penyelidikan dan pembangunan [R&D] CBR250R dimulakan secara asas di Thailand dan dilanjutkan di Jepun. Untuk memenuhi pelanggan dengan pelbagai citarasa, Honda menggunakan konsep “Sport Quarter for One World, CBR250R” dengan tujuan memberikan keseronokan tunggangan sama ada untuk penunggang baru atau lama.
2011 Honda CBR250R
Honda India turut akan mengeluar CBR250R untuk pasaran India dan Amerika Selatan. Motosikal ini digerakkan dengan enjin sejukan cecair 250cc empat lejang DOHC baru yang senang untuk digunakan. Enjin ini juga menepati piawaian emisi Euro 3, suatu yang wajib untuk motosikal global. Sistem minyak menggunakan teknologi Honda yang terkenal iaitu PGM-FI dan sensor 02 dengan catalyzer dalam ekzos.
2011 Honda CBR250R
Fairing penuh motosikal ini bukan hanya untuk estetik sahaja malahan turut berfungsi dalam pengendalian disamping pengawalan angin pada penunggang mahupun enjin. Dari segi keselamatan pula, CBR250R dilengkapi Combined ABS yang berfungsi menjadikan motosikal lebih stabil semasa membrek, Combined Brake System [CBS] adalah sistem brek bersilang antara depan dan belakang manakala Anti-Lock Brake System [ABS] adalah sistem brek yang menghalang roda daripada terkunci sewaktu brek mengejut atau keadaan yang tidak disangka.
Namun, yang paling hebat adalah harganya. Di India motosikal ini dijual di bawah RM15 ribu.
Sumber foto: Honda

kepeluan atau kepuasan

beli kereta baru.... untuk ganti kereta lama... yang masih lagi boleh bergerak yang masih lagi boleh beroperasi seperti biasa... keperluan atau kepuasan???

March 8, 2011

tak tau nak cerita apa...pau ok tak???

apa yang nak aku ceritakan hari ini... tentang bisnusss ermmm ada la sikit laaa petang tadi p belanjer orang opis makan pau yang aku nak jual kat kantin jabatan ukur.. ni projek dalam pembikinan kalau jadi ok kalau tak pun aku tak cuak sangat... pau aku ambil kat shazana pau shop kg baru tempat biasa aku ambil pau... selepas di cuba member kata ok dan boleh jual pau kat kantin esok aku nak bagi tuan kantin pulak rasa kalau dia setuju dfalam minggu depan boleh la aku p cari bekas kukus kat nilai....moga2 usaha kau berjaya mohon doa dari kalian semua.....ribuan terimakasih...

March 6, 2011

sangkakan panas sampai kepetang .....

dalam kita mengharungi perjalanan kehidupan berumahtangga kebanyakan kita akan mahu kekal hingga kepenghujung hayat tapi bukan semua dapat begitu... walaubagaimana sekalipun kita kena redo apa yang akan berlaku... sebabnya mudah kerana semua yang terjadi telah ditetapkan oleh YANG MAHA ESA... tapi kita kena berusaha untuk menyelamatkannya...berjaya atau pun tidak juga bukan kerja kita.... janji kita kena berusaha...semoga yang berusaha akan berjaya...bertapa shahdunya apabila perkara begini berlaku bagi pasangan yang tidak mengalami apa2 masalah yang rumit... anak-anak bakal akan kehilangan kasih sayang ibu atau bapa yang disebabkan masalah yang kecil....sememangnya tak haram dalam penceraian tapi...........pasti ada hati-hati yang luka parah sakit derita yang tak menampakan parutnya

March 2, 2011

jalan-jalan makan....... arabia











yahabibi alamanda sudah ada restoren arab laaaaaa tapi perkerja nya miyammar lagu arab cakap burma huhuhuhu

March 1, 2011

negeri perak dah ada dinar

Kerajaan Perak lancar dinar emas dan dirham perak untuk simpanan dan pelaburan


Kerajaan Perak menempa sejarah apabila melancarkan syiling dinar emas dan dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pertama di dunia yang menggunakan kandungan emas dan perak tulen.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata usaha memperkenalkan dinar emas dan dirham perak di negeri ini bermula sejak 2005 lagi dengan kerjasama Ketua Jabatan Kewangan, Ekonomi dan Pengurusan Sains IIUM, Prof Ahamed Kameel Mydeen Meera.
“Saya mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Prof Ahamed Kameel yang bertanggungjawab dalam hal ini dan seterusnya membawa kepada detik bersejarah pelancaran dinar emas dan dirham perak yang menggunakan kandungan emas 24K dan perak tulen.
“Kualiti dinar dan dirham yang kita lancarkan ini lebih baik daripada yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abd Malik Ibn Marwan iaitu 1,357 tahun lalu yang hanya 97 peratus emas.
“Sebaliknya kerajaan Perak memperkenalkan dinar emas dan dirham perak yang pertama di dunia menggunakan kandungan emas 24K dan 99.9 peratus perak.
“Penting juga untuk diketahui umum bahawa dinar dan dirham ini bukan bertujuan menggantikan mata wang atau menjadi transaksi dalam urusan jual beli,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan dinar emas dan dirham perak milik kerajaan Perak di Ipoh hari ini.
Projek itu dijayakan hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Pada majlis itu juga, Dr Zambry turut melancarkan buku ‘The Real Money’ yang disunting oleh Prof Ahamed Kameel.
Sementara itu, Dr Zambry berkata, kerajaan negeri juga yakin pengenalan dirham emas dan dirham perak mampu menggalakkan perkembangan sektor baru seperti perkhidmatan selain membuka peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan.
Jelasnya, permintaan untuk memiliki dinar emas dan dirham perak ini diterima dari Brunei dan Singapura dan sebagai permulaan, masing-masing 1,000 keping syiling dinar emas dan dirham perak dikeluarkan dengan nilai RM3 juta.
Minat untuk memiliki emas sebagai pelaburan dan simpanan juga katanya, menunjukkan sambutan yang semakin meningkat baik dari kalangan umat Islam mahupun bukan Islam.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Eksekutif GoldNet International Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin Mohamed Arif, berkata dalam keadaan krisis ekonomi global yang dihadapi sekarang, dinar emas dan dirham perak adalah alternatif pilihan bagi mempelbagaikan pelaburan dan melindungi wang simpanan daripada inflasi.
Tambahnya, inflasi adalah satu fenomena ekonomi yang kerap berlaku dan emas pula boleh bertahan nilainya dengan baik pada jangka masa panjang.
“Oleh itu, emas merupakan satu benteng yang baik terhadap inflasi selain boleh digunakan sebagai menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, penghargaan, pengiktirafan prestasi serta mengikuti agama kerana ia boleh digunakan untuk membayar zakat,” katanya.
Tambahnya, setiap pembelian dinar emas dan dirham perak ini akan disumbangkan kepada tabung wakaf untuk dimanfaatkan oleh umat Islam yang kurang berkemampuan.
Rais Hussin berkata, pembuatan dinar emas dan dirham perak berkualiti tinggi itu membabitkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar, iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
“Dinar dan dirham Perak ini direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.
“Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak.,” katanya dan satu dinar emas dijual pada harga RM690 manakala koleksi dirham dijual dengan RM260.
GoldNet juga katanya, melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd. yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh Malaysia termasuk luar negara.
“Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut,” katanya.

amacam jelas tak gambar dinar n dirham tue?..alah…korang bukan tengok DnD…tapi awek tue…hehehe..lawak saja…jangan marah..hehehe…ok..geng letak sekali lagi gambar dinar..besarkan
Dinar dan Dirham Negeri Perak
Dinar
Dirham

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...