March 30, 2011

yang kucari sejarahnya......pekaka atau tanjung

Sejarah Keris Tajung boleh di kesani semula sehingga kezaman seawal abad ke 2 bilamana kerajaan Langkasuka mula-mula bertapak. Kerajaan ini kemudiannya dikenali sebagai Pattani, dipercayai adalah satu tamaddun yang terawal ujud di sebelah sini.
Keris Tajung yang bermaruah dan amat istimewa ini telah melalui beratus tahun proses penghalusannya hingga kepada apa yang terdapat pada hari ini.

Walaubagaimanapun ia selalu menjadi barangan yang utama didalam kebesaran kerajaan Melayu yang membawa erti kekuatan, kekuasaan dan simbol pemerintahan raja yang menyaksikan raja sebagai watikah untuk memerintah.
Satu kerja seni yang amat tinggi, Keris Tajung adalah satu yang unik. Penghasilannya hanya berjaya dengan pengetahuan yang amat mendalam terhadap simbolik dan penggunaan bahan yang terpilih yang bergabung dengan seorang seniman yang betul-betul berdedikasi.
Hingga kini, penilaian keris tajung sebagai satu objek seni selalu di lindungi dengan kepercayaan yang lebih terhadap kekuatan mistikal. Sesuatu yang sangat perlu dilakukan ialah untuk menyedarkan semula masyarakat agar mereka mengenali dan menghargai karya seni ini.

Usaha ini  perlu dipercepatkan kerana objek yang telah ujud beratus tahun ini mengandungi sejarah disebaliknya.  Keris tajung ini tersimpan sebagai bukti sejarah yang telah melalui proses penghalusan dan menjadi tonggak kepada Tamaddun Sejarah Melayu.
Proses ini akan memakan masa tetapi kepada mereka yang mengetahui dan menghargai, Keris tajung akan terus menjadi bahan bukti akar umbi yang sudah pastinya akan menguatkan  lagi warisan sejarah dan yang paling penting sebagai objek seni yang tinggi.

Keris Tajung selimbat lepas,
            Jatuh dikaki kaki tak luka
Peluk cium bertukar nafas,
            Jatuh dihati hati tak lupa.

terima kasih daerah kami

No comments:

Post a Comment

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...