December 26, 2011

i-city...

 adik dah nak macam pengguin...

pokok cahaya

tengah bincang anak beranak mana nak pergi dulu...

sebab tak bawak kasut yg bersesuaian maka kena keluar semula dan sewa kasut yang mana harganya RM10 sepasang


sebenarnya aku tak nak sgt pergi ketempat ni... bukan nya ada apa... anda bayangkan macam masuk dalam peti ais besar yang mana dalamnya dihias dgn benda2 yang berkaitan dgn ais laaa... dan ditambah kan lampu2 yg ada macam kat luar tu...dah la nak masuk kena bayar... yg boleh dikatakan mmg mahal...tapi kalau yang nak merasa tak boleh kata apa laaaaaa...tapi bagi aku nak datang buat kali ke 2 tak akan laaaaa...
ini laaaaa budak yang sibuk sangat nak pergi tempat ni....

adik dalam kadaan yg hambir bertukar menjadi pengguin



nasi...

 satu lagi fakta yang menarik dan berguna....

Bolehkah makan nasi dalam diet? Ramai rasanya yang takut dengar perkataan nasi. Sehingga timbul anggapan awam, ‘nasi menggemukkan’. Benar ke nasi menggemukkan?

Pertama sekali, kebanyakan telah terdidik dengan gaya di barat yang mana lebih kepada makanan seperti kentang, pasta dan sebagainya sehingga beranggapan, tidak boleh makan nasi untuk kelihatan cantik. Apa kata jangan tengok yang cantik sahaja. Cuba tengok pula berapa ramai yang obes di sana. Makanan ruji mereka di sana bukan nasi, tetapi di Asia boleh dikatakan nasi. Beras adalah makanan utama bagi lebih daripada 3 bilion orang di seluruh dunia dan majoriti di kawasan Asia. Terdapat lebih 15 ribu jenis beras di seluruh dunia. Beras menyediakan lebih daripada satu perlima daripada kalori yang digunakan di seluruh dunia oleh manusia.

Beras padat dengan nutrien dan menyumbang lebih daripada 15 vitamin dan mineral. Ia adalah sumber yang sangat baik untuk karbohidrat kompleks, yang mana tersimpan di dalam otot dan digunakan untuk memberi tenaga kepada kita apabila memerlukan. Tidak seperti karbohidrat yang lain, berat mengandungi protein yang bermutu tinggi. Beras mengandungi kesemua lapan asid amino yang membantu dan mengekalkan tisu otot dan membuat enzim, antibodi dan hormon.

Asid amino terdiri daripada leucine, isoleucine, valine, lysine, methionine, phenylalanain, theronine, dan trytophan. Asid amino ini dianggap penting kerana badan manusia tidak boleh mengeluarkannya sendiri dan mesti diperolehi daripada sumber makanan. Kegagalan mendapatkan cukup lapan asid amino perlu boleh menyebabkan degradasi protein badan.
Dalam satu hidangan nasi putih, kandungan nutrisinya mungkin kurang daripada nasi perang. Sebagai contoh, kandungan zat besi mungkin separuh daripada beras perang. Kandungan proteinnya juga kurang berbanding nasi perang. Nasi perang menawarkan enam kali lebih banyak vitamin B1 (thiamine), tiga kali lebih banyak vitamin B2 (riboflavin), lima kali lebih banyak vitamin B9 (folat) jika dibandingkan dengan nasi putih. Daripada kebanyak segi nasi perang lebih baik daripada nasi putih. Nasi putih memiliki kanji yang lebih tinggi.

Terdapat juga nasi putih diperkaya dengan vitamin tambahan, tetapi tetap tidak menyamai nasi perang. Kanji di dalam beras adalah jenis rintangan tinggi iaitu ia akan dihadamkan di usus. Ini menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menjaga kesihatan usus.



Berbalik kepada persoalan, bolehkah makan nasi dalam membentuk badan?
Boleh, selagi mana dalam keperluan kalori badan. Nasi berlebihan mungkin akan disimpan, tetapi jika tidak berlebihan, kenapa badan perlu simpan?

Bagaimana dengan roti? Elok ke ganti nasi dengan roti?
Kenyang ke makan roti 2 keping? Kebanyakan yang makan roti akan cenderung untuk makan lebih. Roti putih 2 keping dah hampir seperti 1 hidangan nasi. Lebih kenyang makan nasi berbanding roti 2 keping. Anggaran roti serat pula, sekitar 2 kali kurang daripada roti putih. 4 keping hampir 1 hidangan nasi putih.

Angaran Nutrisi 1 hidangan
1 cawan Nasi putih 29g karbohidrat
1 cawan Nasi perang 16g karbohidrat
1 cawan Nasi Poni 25g karbohidrat
1 cawan Nasi Basmathi 27g karbohidrat
2 keping Roti putih 23g karbohidrat
2 keping Roti serat 11g karbohidrat
1 keping Rice Cake 7g karbohidrat
(cawan dalam anggaran di atas adalah cawan kecil, jadi mungkin tidak menepati kebanyakan hidangan di Malaysia, di Malaysia saiz hidangan mungkin lebih, 1 hidangan nasi putih boleh mencecah 37g karbohidrat, perbezaan hampir 10g karbohidrat. Roti juga mengikut jenama, mungkin jumlah karbohidrat antara roti putih dan roti serat tidak banyak berbeza)

Nota: Dalam diet, perlu bijak memilih makanan. Jangan terpengaruh dengan ideologi diet atkin, diet nasi dan sebagainya. Ikutlah piramid makanan.


December 20, 2011

jalan2 kakak makan2...

oi kongsi nagan adik laaaaaa
belagak macam boleh habis last2 abah jugak yg tolong habiskan...her her her


ni pun lagi satu punya tamak nak rasa pun tak boleh...
abang masa ni boleh habiskan 3 potongan dgn mudah masuk yg ke 4 mintak tolong abah habiskan
abah mulanya nak makan banyak ni jer....
adik habis satu meja bersepah dibuatnya...
satu lagi muka kedekut si kakak
 akhirnya semuat buat mainan

bukan main suka lagi kakak jalan-jalan dan makan-makan... masa makan kek ngan abah lepas hantar opah su kakak balik kampong...kat alamanda putrajaya...makan pizza ngan abang ,adik , mama dan abah...kat bukit puchong...mama belanja sebab dapat bonus...

December 16, 2011

hantar kereta jabatan kerajaan ke JKR





tah macam mana aku boleh terlibat ...sambil tunggu aku jalan2 dalam jkr jumpa muzium...

December 13, 2011

hari lahir

tahun ni bulan 12 genap umur mak 60 tahun...hari jadi mak 12 hari bulan...aku belikan mak kek kecil untuk meraikannya...tu jer yang mampu...selamat hari jadi syurga kami...mohon maaf kerana tiada sambutan yg sempurna dari anak2 mu yg ramai...

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...