February 28, 2011

perjalan kehidupan diteruskan lagi.....

payah jerih dalam menempuhi liku kehidupan dikota besar bermacam macam kerenah kehidupan yang telah dan akan kita tempuhi tapi walau bagai mana pun hidup mesti diteruskan juga walau sebesar mana payahnya liku atau onar yg datang.... yang senang, kaya raya ada ujian bagi mereka dan yang susah, hina dan derita ada bahagiannya juga semuanya tak lepas dari pada ujian... yang pastinya kita ketahui nasib kita dapat di ubah caranya tepuk dada tanya selera....
malam cari makan dan istirehat.... kilang surat khabar yang beroperasi seawal 2.30 pagi... istirehat di tepi deretan kedai disekitar serdang dan sekeluarga menguruskan rutin harian perniagaan mereka yang nampak kecil tapi boleh jadi jutawan diam...

February 24, 2011

pilihan.....

dalam kehidupan seharian kita..... kita ada berbagai pilihan yang kita boleh buat... tapi bagai mana kalau kita hanya diberi hanya 2 pilihan saja??? dan kedua-dua pilihan itu ibarat ditelan mati emak diluah matinya bapa... kalau pilihan macam nak syurga atau nak neraka semestinya ramai yang nak masuk syurga sebab masuk syurga semuanya umum tahu segala keindahan yang tak terjangkau oleh fikiran ada disana sebagai yang telah dijanjikan oleh ALLAH...tapi kalau diberi salah satu pilihan iaitu nak masuk neraka ke7 atau ke 3 mana pilihan anda??? dan pilihan ini dimestikan diberikan jawapan dalam masa 24 jam ermmmmm mesti pening kepala nak memikirkannya ya tak??? mesti macam2 yang akan kita fikirkan contoh mengapa aku masuk neraka? apa tak ada langsung kebaikan yang aku buat ker? jahat sangat ker aku ni? dan macam2 lagi laaa apa pilihan anda???

February 22, 2011

akhirnya....

setelah hampir dua minggu alat penghawa dingin rosak akhirnya semalam dapat juga digunakan semula tapi biasa ler alat-alat ni bukan boleh elok sendiri  kena bayar RM350.00 baru boleh dia elok semula huhuhuhuhuhu tapi tak per janji anak-anak dapat tidur dengan selesa


 

February 21, 2011

bank pilihan anda

huhuhuhuhu mmg bank pilihan ramai... entah berapa banyak dah kaki tangan awam memilih bank ini bukan untuk menyimpan tapi untuk meminjam termasuk lah aku huhuhu nak buat macam mana kerana ianya selamat tak macam ahlong tapi ala ala alaaa laaaaaa along jugak la cuma tak kena pukul dan siram cat merah... kalau di kaji dengan teliti... tapi sapa yang nak kaji orang macam aku nak kaji tak kose aku her her her  tapi nak buat macam mana.... dari kena cepuk ngan ahlong baik ler kakitangan awam yang macam2 aku ni pinjam dengan bank ini yang alalala koperasi ni...iaitu bank ni sememangnya koperasi pada awal penubuhannya dulu macam-macam tawaran tang diberikan memang menawan semasa meminjam tapi bila masa membayarnya memamng boleh kena sawan her her her nasib aku ada ketahanan yang kuat sikit kalau tak dengan aku aku sekali sawan meroyan huhuhuhuhu..... jahanammmmmmmmmmm akuuuuuuu

alkisah nyerrrrr....

Suatu ketika di negeri antah berantah, terdapat suatu daerah yang banyak sekali bencana alam yang menimpa. Hal ini membuat meledaknya jumlah deretan nama anak yatim, orang-orang trauma dan putus asa, menula yang tidak tahu harus mengadu kemana tentang nasib mereka dan masih banyak jenisnya. Kesemua dari mereka adalah orang yang kesusahan.
Perdana menteri sering berkunjung ke daerah tersebut, sambil membawa bantuan yang cukup meringankan beban keseharian rakyatnya. Pada suatu ketika, anak-anak yatim dikumpulkan oleh perdana menteri kemudian dipindahkan ke daerah yang lebih tenang dan kehidupan warganya dalam keadaan yang maju dan termasuk dalam ekonomi kuat.
Disana anak-anak tersebut dibuatkan sebuah rumah kasih sayang, sejenis rumah anak yatim. Kalangan pengusaha,si kaya raya,orang yang berkerja di pejabat, dan orang-orang terpandang dipanggil. Oleh perdana menteri diumumkan bahwa disinilah tempat anak-anak terlantar dan kesusahan yang sangat memerlukan bantuan uluran tangan. Oleh karenanya mereka dimintakan bantuan. Secara berkala mereka diminta membantu untuk kehidupan anak-anak tersebut.
Tiga bulan kemudian perdana menteri menugaskan orang kepercayaannya untuk mengunjungi rumah kasih sayang tersebut.  Satu hari penuh utusan tersebut bersama anak-anak. Apa yang terlihat sungguh memilukan. Anak-anak kekurangan makanan. Bantuan yang diterima tidak sebanding dengan jumlah mereka. Sehingga sebagian anak rela berpanas-panasan untuk jualan Al Quran, membantu angkat belanjaan, ataupun menadahkan tangan di kaca-kaca mobil yang berkelipan.
Kemudian hal itu diceritakan kepada Perdana Menteri. Dengan butiran air mata Perdana Menteri mendengarkan cerita utusannya dengan seksama.
Hari berikutnya, seluruh anak yatim, dibawa ke ibu kota. Dan seluruh perbelanjaan kehidupan mereka ditanggung oleh perdana menteri. Entah kebetulan atau tidak, beberapa bulan kemudian, daerah bekas anak-anak tersebut tinggal, terkena musibah dan bencana yang dahsyat.

February 16, 2011

pesan seorang tua pada si muda

“Nak, sesampainya kamu di kehidupan masyarakat baru nanti, ambillah sebatang kayu yang halus dan beberapa butir paku. Tiap malam, merenunglah atas apa saja yang telah kamu perbuat terhadap orang lain pada siang hari sebelumnya. Setiap kamu berbuat jelek atau sehabis menyakiti hati orang lain, pukullah satu batang paku kedalam kayu halus yang kamu bawa.
Sebaliknya …. setiap kamu berbuat satu kebaikan terhadap orang lain, atau kamu meminta maaf terhadap orang yang telah engkau sakiti maka cabutlah satu batang paku dari batang kayu tersebut.
Setelah satu bulan coba kamu amati kembali batang kayu itu, ada berapa batang paku yang masih tersisa pada kayu tersebut ??? Dan lihatlah ada berapa lubang pada kayu karena bekas dari paku yang telah kamu cabut. Ingatlah muridku … meskipun kamu telah mencabut satu batang paku, kamu lihat masih tersisa lubang pada kayu itu. Ibaratkan kayu tadi adalah hati seorang manusia, meskipun engkau telah meminta maaf, maka akan ada bekas lubang meskipun paku telah kamu cabut.
Oleh karena itu muridku, jangan sampai kamu menyakiti hati orang lain baik itu melalui lisan kamu, perbuatan kamu taupun yang lainnya. Karena sekali kamu sakiti hati orang, bekas itu akan sulit untuk dihilangkan meski kamu telah meminta maaf (seperti halnya kamu cabut paku dari batang kayu itu, masih tampak bekas lubang)”



February 15, 2011

kenal2 senjata2 melayu (lembing)



Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat dari kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan kedalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, rengan dan tajam mata dihujungnya.
Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat dari kayu atau buluh. Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan sejak berkurun dahulu.
Pada masa sekarang lembing yang bermata lebar seakan daun sirih digunakan untuk upacara rasmi sahaja. Lembing yang digunakan untuk merejam musuh adalah dari yang berbentuk lebar matanya serta tangkai yang panjang dan ringan. Manakala lembing digunakan untuk pertempuran adalah dari jenis yang berabung pada matanya serta tangkai yang pendek sedikit serta lebih kukuh.

February 13, 2011

kenal2 senjata melayu

Cucuk sanggul jenis ini biasanya digunakan juga sebagai senjata rahsia di saat kecemasan sebagai mempertahankan diri ianya amat bahaya kerana kesan lukanya tidak nampak teruk sebab pendarahan berlaku di dalam badan mangsa

February 10, 2011

kenal2 senjata melayu (lading)


Lading ialah senjata Melayu dari kategori parang. Sinonim di negeri Kedah. Ia juga adalah senjata rasmi aliran Silat Cekak yang berasal dari Kedah. Lading dibuat mengikut ukuran anggota pemakai. Senjata ini adalah unik di antara kelas senjata berbilah seperti parang dan pedang kerana ciri-ciri fizikal dan cara pemakaiannya yang amat berbeza.
Mata tajamnya hanya terdapat sekitar 2 atau 3 inci di hujungnya manakala keseluruhan bilahnnya adalah tumpul dan digunakan untuk menangkis senjata lawan. Lading digunakan sebagai senjata jarak dekat, tidak seperti parang yang boleh digunakan pada jarak sederhana. Ini adalah kerana ia dihunus terbalik dengan bilahnya dipegang supaya ia selari dengan lengan dan mata tajamnya terletak di tepi siku.
Ini membolehkan pakar pertempuran jarak dekat seperti seorang pesilat menyembunyikan senjatanya dari pandangan lawan sebelum masuk ke jarak bertempur yang sesuai baginya dan menidakkan kelebihan capaian parang atau pedang yang memerlukan ruang yang besar untuk berfungsi dengan berkesan. Oleh kerana ciri-ciri unik ini, ia digunakan secara menghiris dan hentakan (hulunya yang digenggam boleh digunakan untuk menumbuk) bukan menikam. Sasaran utama adalah rusuk, perut dan tangan lawan

mari kenal2 senjata melayu lama (Lawi Ayam)


Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.

Kerambit
Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.
Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tu

badik




kenal2 senjata melayu lama
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.
Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya diantara 18 - 20sm. dan lebar 2sm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Badik mempunyai mata yang tebal dibahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.
gambar dari cikgu nasir terimakasih diucapkan

February 9, 2011

ada duit

segalanya dalam dunia ini kerana duit...mana nak cari duit, macam mana nak dapat duit, kenapa kerana duit, ada duit adik sayang tak dak duit bay bay la yerrrr boleh ker kita hidup tampa duit tentu tak boleh segalanya dalam dunia memerlukan duit dgn duit kita boleh beli apa sajer yang ada dalam dunia ini kecuali mak bapak jer kut tu pun kalau kita hilang akal tapi kalau ada duit mungkin ada yang nak mangaku mak pak kita kut segalnya mungkin Sebut saja pasal duit semua orang berminat betul tak? Macam macam orang usaha untuk mendapatkan duit, dari cara yang halal sehinggalah ke cara yang haram. Ada yang sanggup mencuri, menipu dan macam macam lagi...




February 6, 2011

Mak Tam Kembali Ke Rahmatullah

4 Februari 2011, Bukit Mertajam - Hajah Radziyah Binti Said atau lebih dikenali sebagai Mak Tam, isteri kepada mantan Presiden & Guru Utama PSSCM, YM Tuan Haji Ishak Bin Itam telah kembali ke rahmatullah pada hari ini sekitar jam 6.00 - 7.00 pagi (dalam tidur) dalam usia 78 tahun.. Pengesahan kematian dibuat jam 10.00 pagi.  Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berapit, Bukit Mertajam  
dalam ingatan abadi

February 1, 2011

selamat bercuti

tahun baru cina tahun 2011 jatuh pada 3 dan 4 hari bulan 1 haribulan 2 hari wilayah bermakna ramai lah org2 opis aku ambil cuti untuk melengkapkan cuti untuk satu minggu... selamat beraya cina untuk semua walau pun bukan cina dan selamat bercuti panjang......

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...