July 1, 2014

Ramadhan Datang Lagi

dah lama sangat tak menaip...
sedar atau tak ramadhan datang lagi...Alhamdulillah...Alhamdulillah syukur kepada Ilahi...
seperti tahun lalu aku masih lagi berulang alik dari labu ke kuala lumpur...dah 2 tahun merasa berbuka atas motor ermmmm harap2 moga dapat bertukar tahun depan Insyaallah...macam biasa bila ramadhan tiba kuala lumpur bertukar menjadi bandar yg penuh bermacam macam juadah berbuka...dato2 bz dgn acara memberi sedekah yg merimpah ruah...rumah2 ank2 yatim penuh sesak...semua berlumba lumba nak membuat amal Alhamdulilah...tapi aku ermmmm semoga aku dapat kekalkan amal aku macam bulan ramadhan ini dibulan2 yg lain Insyhaalah...
Jom sama-sama kita berpuasa, merebut pelbagai ganjaran yang tidak ditawarkan pada bulan-bulan lain. Moga-moga keberkatan berpuasa pada Ramadhan 2014 ini  berjaya kita gandakan pada tahun-tahun sebelumnya.

” Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.. “
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
i) Puasa merupakan perkara ˜dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.
iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.
iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.
Sumber : JAKIM

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...