September 20, 2011

bahagian 2

Clenbuterol
Clenbuterol tidak tersenarai sebagai steroid anabolik. Ia sebenarnya ubat untuk lelah atau untuk gangguan pernafasan. Ia digunaakan sebagai decongestant dan bronkolidator atau dalam bahasa mudah menyebabkan badan boleh menyerap lebih banyak oksigen. Seperti yang diketahui, lebih oksigen lebih pembakaran aerobik. Aerobik membawa kepada pembakaran lemak. Pendek kata clenbuterol adalah adik beradik ephederine. Ephederine pernah terkenal dalam pembakar lemak di pasaran sebelum ini dan sudah diharamkan. Clenbuterol digunakan dalam sesuatu kitar steroid ketika melakukan pemotongan. Clenbuterolcytomel) untuk meningkatkan kadar metabolisme sekurang-kurang 10%. Clenbuterol adalah steroid beta 2 sympathomimetic yang mana membawa kesan kepada sistem saraf simpatetik. Kesan awalnya adalah peningkatan suhu badan dan seterusnya akan menyebabkan peluh berlebihan sehingga menggigil. Penggunanya akan merasa resah. Memberi kesan jangka masa panjang kepada jantung dengan peningkatan denyutan, kemungkinan pembesaran jantung, necrosis dan sebagainya. biasanya digabungkan dengan T3 (

T3-Cytomel
Triiodothronine (T3) tidak dihasilkan secara terus daripada kelenjar tiroid tetapi dihasilkan secara sintetik daripada thyroxine (T4). T3 meningkatkan pengoksidaan di mitochondria (kilang pembakaran di sel untuk menjana tenaga). Dengan menggunakan cytomel, pengguna akan dapat peningkatan ATP dan sekali gus meningkatkan kadar metabolisme. Pengambilan cytomel berlebihan boleh merosotkan saiz otot jika pemakanan tidak seiring dengan pemakaian. Cytomel juga meningkatkan pengeluaran hormon tumbesaran. Pada asalnya cytomel digunakan dalam terapi penggantian tiroid. Apabila diguna berlebihan bukan sahaja menyebabkan otot merosot tetapi juga boleh menyebabkan cirit birit dan dalam kes serius boleh menyebabkan pendarahan.

Anavar
Anavar merupakan antara steroid paling ringan yang diguna pakai dalam bina badan. Anavar digunakan oleh mereka yang sangat sensitif dengan kesan estrogen pada badan. Anavar (oxandrolone) juga biasa digunakan oleh perempuan kerana kesannya androgeniknya yang kurang. Walau bagaimana pun jika menggunakan dos yang tinggi, kesan androgeniknya masih sama termasuk perubahan suara, pemanjangan clitoral, penambahan ciri-ciri muskulin dan sebagainya. Walaupun kesannya agak ringan, tetapi masih boleh memberi tekanan pada hati, meningkatkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol.

Testosteron
Terdapat pelbagai jenis testosteron yang dipecahkan kepada beberapa jenis dalam pasaran. Antaranya testosterone cypionate yang mana merupakan testosterone yang paling anabolik dengan kesan androgenik tertinggi. Selain itu, terdapat juga testosterone enanthate, testosterone propionate yang mana termasuk dalam kategori ringan dengan hanya 2 minggu di dalam badan, testosteron suspension 3 hari di dalam badan dan sebagainya. Testosterone meningkatkan retansi nitrogen di dalam otot. Testosterone juga meningkatkan paras tumbesaran IGF-1 di otot dan hati. Kesan-kesan sampingan penggunaan testosteron luaran ini termasuk meningkatkan retansi air, kesan-kesan androgenik dan sebagainya.

Trenbolone
Trenbolone merupakan antara steroid terbaik dalam pasaran yang mana penggunanya boleh mengurangkan lemak dan menambah otot pada masa yang sama. Kebanyakan pengguna trenbolone melaporkan kehilangan 20 lbs lemak dan penambahan 25 lbs otot dalam masa 12 minggu penggunaan. Ia memang steroid yang baik tetapi dalam masa yang sama memberi kesan buruk yang sangat baik. Penggunaan trenbolone boleh memberi kerosakan serius pada hati dan jantung lebih-lebih lagi dalam kes melebihi dos. Trenbolone hadir dalam pelbagai bentuk seperti trenbolone acetate, trenbolone hexahydrobenzylcarbonate dan sebagainya.

September 7, 2011

penting ni....

Anabol (oral)
Anabol (methandienone) adalah antara steroid anabolik pertama dibangunkan di dunia. Anabol juga dikenali sebagai star, pink dan sebagainya. Anabol telah digunakan terutamanya oleh orang-orang Jerman dan Russia pada peringkat awal sebelum dikembangkan ke seluruh dunia. Anabol adalah steroid untuk membesarkan badan yang mana digunakan hampir dalam kesemua kitar steroid. Anabol akan membuat otot membesar dengan retansi air dalam masa yang sama merendahkan kadar metabolisme. Anabol dalam masasama menambah kekuatan dan berat badan. Kitar yang biasa digunakan seperti Anabol + Deca Durabolin + Testosterone. Kesan sampingan yang biasa dikaitkan dengan anabol adalah darah tinggi dan seterusnya membawa kepada kegagalan jantung. Anabol secara pasifnya berada dalam badan selama 3 bulan.
 

Sustanon (injection)
1 milimeter sustanon 250 mengandungi 30 mgs testosterone propionate, 60 mgs testosteron phenylpropionate, 60 mgs testosterone isocaproate, 100 mgs testosterone decanoate. Sustanon pada asalnya dicipta untuk terapi penggantian hormon (hormone replacement therapy). Sustanon akan bertahan dalam sistem badan secara aktif selama 4 minggu dan pasif selama 3 bulan. Jadi untuk terapi penggantian hormon memerlukan kekerapan yang kurang disebabkan ketahanan selama 4 minggu. Tetapi kini disalah gunakan dalam bina badan. Sustanon memberi kesan penambahan otot dalam kitar pembesaran dan sekaligus memberi kesan retansi air.


Deca Durabolin (injection)
Deca durabolin digunakan dalam kitar pembesaran dengan anabol untuk membesar. Deca durabolin juga memberi kesan pembakaran lemak dalam masa yang sama. Deca durabolin memberi kesan yang ketara pada sistem kelakian. Dalam bahasa mudah, organ seksual susah dirangsang (tak tegang) menyebabkan deca durabolin perlu dipakai dengan testosterone. Deca durabolin pada asalnya digunakan untuk merawat masalah sendi. Jangka hayat pasif deca durabolin adalah sekitar 18 bulan, antara yang paling lama dalam badan.


Winstrol (oral+injection)
Winstrol dikenali juga dengan nama stanozolol, susu kuda dan sebagainya. Winstrol berupaya meningkatkan jisim otot, mengeraskan badan dan meningkatkan stamina sambil memberi kesan pam dan kelihatan kering. Winstrol digunakan dalam kuda lumba untuk menambah stamina dan jisim otot. Winstrol adalah steroid yang diguna untuk memotong dan nampak kurus. Winstrol mempunyai kesan toksik yang paling tinggi yang boleh memberi kesan pada hati. Winstrol juga memberi kesan seperti jerawat dan mengeringkan sendi. Jangka pasif winstrol adalah sekitar 4 bulan. Winstrol biasa digunakan dengan anabol atau anavar dan disertai dengan testosterone propionate.


Anadrol (oral)
Anadrol atau anapolon atau oxymetholone adalah steroid oral untuk membesar yang paling kuat. Paling kuat juga memberi kesan paling kuat pada hati. Anadrol boleh merosakkan hati dan badan jika digunakan berlebihan melebihi 5 minggu. Menurut pemerhatian, anadrol mampu menambah sehingga 10 lbs otot dalam masa seminggu dengan retansi air. Kebanyakan pengguna anadrol akan kehilangan 50-60% daripada berat selepas berhenti menggunakan disebabkan kehilangan air. Anadrol secara pasifnya berada dalam badan selama 3 bulan.

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...