May 29, 2011

C...

Vitamin C

Vitamin C atau Asid L-askorbik atau L-askorbat merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi. Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.

Vitamin C mengurai dalam keadaan tertentu, terutamanya ketika memasak makanan. Tumpuan Vitamin C dalam pelbagai bahan makanan beransur berkurangan seimbang dengan suhu tempat simpanannya, jadi pemasakan boleh mengurangkan kira-kira 60% kandungan Vitamin C dalam sayur-sayuran kerana pemusnahan enzim mendadak yang lebih menjadi sekitar takat didih.Makin lama memasak, makin banyak juga vitamin yang hilang, begitu juga dengan bekas makanan buatan tembaga yang memangkin penguraian.
Satu lagi punca kehilangan vitamin C dalam makanan adalah larut lesap, iaitu vitamin yang larut air melarut dalam air masakan, kemudian dibuang tanpa gunanya. Bagaimanapun, vitamin C tidak melarut lesap dalam semua sayuran pada kadar yang sama; kajian menunjukkan bahawa brokoli kelihatan lebih mampu mengekalkan lebih banyak vitamin C berbanding jenis sayur yang lain. Kajian juga menunjukkan bahawa buah-buahan yang yang baru dipetik tidak kehilangan nutrien penting apabila disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari.

Penokok Vitamin C

Vitamin C banyak terdapat dalam bentuk tablet dan serbuk. Jenama Redoxon yang dilancarkan oleh Hoffmann-La Roche pada tahun 1934, merupakan vitamin C sintetik keluaran massa yang pertama.
Vitamin C banyak diambil oleh pengguna sebagai makanan tambahan atau penokok  yang boleh diperolehi dalam bentuk kaplet, tablet, kapsul, paket pra-campuran minuman, bentuk perumusan multi-vitamin, perumusan antioksidan berganda, dan serbuk hablur. Versi keluaran bermasa juga turut disediakan, seperti perumusan yang mengandungi bahan bioflavonoid seperti kuersetin, hesperidin dan rutin. Saiz tablet dan kapsul biasanya berukuran dari 25 mg hingga 1500 mg. Vitamin C (Asid Askorbik) kristal biasanya terdapat dalam sediaan botol yang mengandungi 300 g hingga 1 kg serbuk (satu camca vitamin C kristal bersamaan 5,000 mg).

Sintesis industri

Vitamin C dihasilkan dari glukosa melalui dua kaedah utama. Proses Reichstein yang dibangunkan pada 1930-an, menggunakan sekali pra-penapaian diikuti oleh kaedah berkimia semata-mata. Proses moden penapaian berlangkah dua yang asalnya dibangunkan di China pada 1960-an, menggunakan penapaian tambahan sebagai ganti kepada peringkat kimia selanjutnya. Kedua-dua proses menghasilkan kira-kira 60% vitamin C dari suapan glukosa.
Pengeluaran vitamin C sintesis sedunia kini dianggarkan pada 110,000 ton setahun. Antara pengeluar utamanya termasuk BASF/Takeda, DSM, Merck dan China Pharmaceutical Group Ltd. China semakin menjadi pembelak utama dunia kerana harganya juah lebih rendah daripada pengeluar AS dan Eropah. Harga vitamin C sedunia naik mendadak pada tahun 2008 disebabkan peningkatan harga makanan asas dan juga jangkaan penutupan dua kilang China di Shijiazhuang dekat Beijing, dalam langkah penutupan industri pencemar secara amnya di China sewaktu berlangsungnya sukan Olimpik.Pada tahun 2008, hanya kilang DSM di Scotland yang masih beroperasi di luar persaingan harga yang sengit dari China.

May 26, 2011

Pelan Pemakanan

Saya rasa ramai kita bermasalah dalam menentukan diet seharian berikutan di Malaysia sendiri sukar mendapatkan makanan yang sihat. Saya pernah terbaca dalam forum, yang bercerita tentang diet, kononnya tak makan nasi, bila tanya makan apa, pagi maggi goreng, tengahari biskut 2 keping, malam buah. Macam itu ke diet? Diet yang baik merupakan kunci yang akan menentukan seberapa berjaya anda dalam program membentuk badan.

Definisi Diet
Bila sebut pasal diet, banyak yang membayangkan diet adalah kelaparan. Namun itu bukanlah definisi yang benar tentang diet. Diet merujuk kepada makanan harian kita. Jika setiap hari kita makan roti canai, itu lah diet kita. Bagaimana merancang diet yang baik, samada untuk menguruskan badan, membesarkan otot atau untuk atlet?
Kadar Metabolisme
Pertama, sebelum merancang diet yang baik, kita perlu tahu bagaimana mengira keperluan kalori asas. Cara pengiraan menggunakan formula Harris-Benedict:
RMR untuk lelaki= 13.7516w + 5.0033s – 6.775a + 66.473
RMR untuk perempuan = 9.5634w + 1.8496s – 4.6756a + 655.0955
w = berat dalam kilogram
s = tinggi dalam centimeter
a = umur
Contoh jika seorang lelaki berumur 20 tahun dengan berat 90kg dan tinggi 170cm:
13.7516 x 90 + 5.0033 x 170 – 6.775 x 20 + 66.473 = 2019
Kadar metabolisme asasnya ada 2019 kalori. Anggarkan senaman harian memerlukan 1000 kalori. Maka dia memerlukan 3019 kalori untuk sehari.
Kalori
Cara kira mendasarkan kalori untuk buang lemak bagi seseorang yang perlukan 3019 kalori sehari. Boleh kurangkan 10 peratus daripadanya.
3019 / 100 x 90 = 2717
Ambil diet 40:40:20, karbohidrat 40: protein 40: lemak 20. Maka:
40/100 x 2717 = 1086
20/100 x 2717 = 543
Badan dia memerlukan 1086 kalori daripada karbohirat, 1086 kalori daripada protein dan 543 kalori daripada lemak. Seperti yang diketahui bahawa 1 g karbohidrat menghasilkan 4 kalori, begitu juga protein. Manakala 1g lemak penghasilkan 9 kalori. Maka:
1086 / 4 = 271
543 / 9 = 60
Badan dia memerlukan 271 g karbohidrat, 271 protein dan 60 g lemak. Saya lebih galakkan kiraan guna gram daripada kalori, jika berdasarkan kalori, maka ada yang diet makan nasi lemak. Sasarkan makanan yang baik, bukan daripada lemak tepu. Kiraan berdasarkan kalori ini tidak mengambil kira komposisi badan. Seseorang yang memiliki jumlah otot yang tinggi akan mempunyai RMR yang tinggi dibandingkan dengan kiraan biasa, tetapi kiraan ini boleh diambil sebagai rujukan.
Contoh Diet
(bukan untuk contoh di atas, pemilihan makanan diubah mengkut berat)
Menu 1 (7 Pagi)
1 Cawan oat
4 biji telur putih
Menu 2 (9 Pagi)
1 Whey protein dengan 25g protein dicampur dengan oat
1 sudu teh minyak zaitun
Menu 3 (12 Tengahari)
1 cawan beras basmathi atau kentang bakar
2 cawan brokoli
1 dada ayam bakar
Menu 4 (3 Petang)
1 Whey protein dengan 25g protein dicampur dengan oat
1 sudu teh minyak zaitun
Menu 5 (6 Petang)
1 cawan beras basmathi atau kentang bakar
2 cawan brokoli
2 ikan bakar
Menu 6
1 Whey protein dengan 25g protein dicampur dengan oat
1 sudu teh minyak zaitun

Pemilihan Makanan di Malaysia
Antara makanan yang boleh didapati di Malaysia.



maklumat dari pada zaki khan blog 

May 25, 2011

Zink

gambar contoh 

manfaat fungsi zink
Apa anda tahu tentang zink?. Berikut ini saya memposting tentang manfaat zink atau funsi zink untuk tubuh kita.
Zink merupakan elemen Kelumit (mineral) yang diperlukan oleh tubuh manusia,. Zink boleh didapati pada semua bahagian tubuh iaitu: organ, rangkaian, tulang, cecair dan sel. Jaringan tubuh yang paling banyak mengandungi Zink adalah jaringan otot dan tulang. Zink penting untuk fungsi-fungsi biologi dan memainkan peranan penting pada lebih dari 300 enzim pada tubuh manusia, termasuk peranan pada sintesa asam nukleik dan protein.

Anda mempunyai aktiviti padat hingga mudah lelah? Ingin tetap bergairah dalam segala situasi? Zink solusinya. Dengan memakan makanan yang mengandungi unsur-unsur Zink, anda akan selalu bergairah. Jangankan bicara ghairah untuk bercinta, semangat untuk melakukan aktiviti lain pun sudah tidak ada. Yang diinginkan hanyalah akan mandi dan terus tidur.

Tidak dapat dinafikan, seks merupakan salah satu kunci menjaga keharmonian dalam sebuah keluarga. Oleh kerana itu, jaga ghairah anda dengan mengambil olahan dari asparagus, tiram dan kangkung. Menurut kajian yang dilakukan Fakulti Sains Gizi, Florida State University, ketiga-tiga makanan tersebut kaya akan kandungan zink yang mampu membangkitkan ghairah plus menambah tingkat kesuburan seseorang. Selain itu, tubuh yang kurang asupan zink akan membuat wajah kita menjadi terlihat pucat seperti kurang darah dan lebih mudah depresi.

Zink juga mempunyai kelebihan sebagai ubat antibiotik untuk menyembuhkan berbagai macam penyakit, mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh membunuh bakteria dan virus, dan ubat alami untuk gangguan diare. Namun jika anda terlalu berlebihan mengkonsumsi Zink akan menimbulkan alergi, gangguan sumsum tulang, dan melemahkan daya tahan tubuh, kata Profesor Julius Suryawidjaya, pensyarah sekaligus guru besar ilmu Nutrisi Universiti Trisakti. Zink juga banyak terkandung dalam hati, kacang soya, dan daging lembu

May 19, 2011

80% dari jasco untur member




gambar ni aku ambik masa aku lepas periksa aku terus p jasco naik naik jer tingkat 1 aku tengok ank2 dara dgn mak2 dara dan mak2 janda sedang mengamuk merebutkan sesuatu atas naluri ingin tahu aku pun tinjau rupa2nya depa tgh merebutkan beg tangan dgn aku2 sekali terjebak terbeli satu utk bini aku semua mak2 tadi tercengang tgk aku her her her

kpsl N29

pada 10,11 dan 12/5 tempoh hari aku p ambil peperiksaan kpsl untuk N29 tak tahu la lulus ker tidak tapi kalau ikut pekiraan boleh lulus la kertas 2



tempat peperiksaan pusat latihan KWSP kat kajang tempat adik ipar aku konvo tempuh hari

May 18, 2011

omega 3

Ikan dan asid lemak Omega-3
 
            Banyak kajian yang dilakukan berkenaan dengan asid lemak omega-3 mengatakan bahawa ia mampu menurunkan kolesterol dalam  badan. Asid lemak omega-3 mengatakan bahawa ia mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Asid lemak omega-3 juga membantu jantung dengan pelbagai cara seperti menurunkan tekanan darah dan menekan risiko pembekuan darah. Pada pesakit yang sudah mengalami serangan jantung, minyak ikan atau asid lemak omega-3 dikatakan berkait secara signifikan dengan penurunan risiko kematian mendadak.
            Para doktor biasanya menyarankan memakan ikan minimum dua kali seminggu. Antara sumber makanan yang kaya dengan omega-3 adalah seperti ikan makarel, ikan herring, sardine, tuna albacore dan tuna. Perlu diingati untuk mempertahankan faedah ikan bagi kesihatan, sebaiknya ikan dipanggang atau dibakar di dalam oven.

Kelebihan Omega 3:Sealogix Capsules and Liquid are ultra-refined fish oils and pass the purity, potency and quality standards of IFOS an independent third party.
Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral. EPA dapat mencegah : Kanser, Trombosit (pembekuan darah), Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah), Kadar kolestrol yang berlebihan, Plasma lipid yang berlebihan, Penyakit jantung, Stress yang berlebihan, Tekanan darah tinggi
DHA berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan. Kelebihan lain yang ada pada Omega 3 adalah : Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis), Mencegah asma, Meningkatkan daya seks kesuburan, Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat, Mencegah penyakit kulit, Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan.

May 15, 2011

13 may 13 mei

aku ucapkan terima kasih dan Afatihah untuk semua pejuang-pejuang 13 mei semangat anda semua tersimpan kemas di sanubari ku, disini aku ada sikit-sikit tentang cerita semasa kejadian rujukan boleh dibuat di wikipedia

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor 

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer


Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.

Persepsi

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.
Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[4]

Angka korban


Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
  • Melayu  : 86 orang
  • Cina  : 342 orang
  • Lain-lain  : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

 Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.

May 5, 2011

kena simpan atikel ni amat-amat berguna ni

Bagaimana menurunkan lemak dan dalam masa sama mempertahankan otot? Bagaimana membentuk otot yang solid dan bukan sebu? Apakah rutin terbaik untuk mencapai sasaran dengan lebih cepat?

Kurang Lemak dan Mempertahankan Otot
Kita semua tahu bahawa untuk menurunkan berat badan kita perlu mengambil kalori kurang daripada apa yang kita gunakan. Setelah badan mendapati ada defisit kalori, berat badan akan susut.Tetapi ada perbezaan makan rendah kalori dengan makanan merapu dan rendah kalori dengan jumlah yang tepat dari protein, karbohidrat dan lemak baik. Dengan rendah kalori makan merapu, berat akan turun beserta kehilangan otot, manakala dengan pemakanan yang betul, berat akan turun dengan kehilangan lemak dan berjaya mempertahankan otot. Diet yang paling ringkas adalah terdiri daripada 40% protein, 40% karbohidrat dan 20% lemak baik dengan frekuensi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.



Mendapat Otot Solid dan Bukan Sebu
Kunci untuk membesar dan dapatkan otot yang padat atau solid, pertamanya perlu memastikan lemak di bawah 10% sebelum memulakan program. Ini adalah kerana lebih banyak lemak disimpan lebih banyak anda bawa reseptor estrogen. Estrogen suka menyimpan lemak. Jadi mereka yang beranggapan ketika membesarkan badan boleh makan apa sahaja, cenderung untuk membesar sebu. Peratusan lemak akan bertambah.
Hari ini saya tidak mahu bercerita pasal diet. Pasal pemakanan boleh rujuk di muka Pelan Pemakanan. Hari ini saya hendak bercerita pasal program-program yang boleh dilakukan ketika fasa memotong. Siapa yang sesuai menggunakan program ini?  Jangan la baru main 2 minggu nak guna program ini. Badan pun tidak bersedia lagi. Seeloknya mengikut periodisasi latihan. Seperti mana yang telah saya ceritakan dalam muka Orang Baru sebelum ini. Rutin ini menjimat masa dan sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Rutin Yang Menjimatkan Masa Latihan

1. Tri Set

Tujuan latihan ini adalah untuk menurunkan lemak dan menambahkan otot dengan cara yang cepat dan efektif. Lakukan ini sekurang-kurang 3 kali seminggu dengan rehat di antaranya. Lakukan 20-30 minit aerobik di waktu pagi hari berehat jika boleh. Rutin ini adalah untuk seorang yang sudah berlatih minimum 6 bulan. Rutin ini dilakukan dengan menggunakan tri-set, berbeza sedikit dengan super set yang hanya menggunakan 2 latihan serentak. Tri set menggunakan 3 latihan tanpa rehat. Rehat 1 minit di setelah habis 1 tri set.
Contoh:

Hari Pertama:
Tri Set 1:
75 Degree Incline Dumbbell Press

One Arm Dumbbell Row

Bent Over Lateral Raise


Tri Set 2:
45 Degree Incline Dumbbell Press

Two Arm Dumbbell Row

Pullover


Tri Set 3:
Leg Raise

Crunches

Bicycle Crunch

Hari Kedua:

Tri Set 1:
Dumbbell Upright Row

Dumbbell Curl

Overhead Dumbbell Tricep Extension


Tri Set 2:
Incline Dumbbell Curl

Lying Dumbbell Tricep Extension

Lunges


Tri Set 3:
Dumbbell Squat

Stiff Legged Dead lift

Dumbbell Calf Raise


Minggu 1-2, lakukan 2 set pada 12-15 ulangan untuk setiap tri set.
Minggu 3-4, lakukan 3 set pada ulangan 10-12.
Minggu 5-6, lakukan 4 set pada ulangan 8-10.
Lakukan perubahan setelah 6 minggu.



 gambar sampingan huhuhu


2. Kombinasi Tri Set
Masih menggunakan konsep tri sep. Cuma frekuensi diubah, 3-6 kali seminggu. Rehat 60-90 saat untuk setiap tri set dan tiada rehat di dalam tri set.
Contoh:

Hari Pertama – Dada, Belakang, Perut
Tri Set 1:
Incline Bench Press
3 set 10-12 ulangan
Wide Grip Pull-up
3 set 10-12 ulangan
Crunches
3 set 15-20 ulangan

Tri Set 2:
Dip
3 set 10-12 ulangan
Close Grip Chin
3 set 10-12 ulangan
Hanging Leg Raise
3 set 15-20 ulangan
Tri Set 3:
Incline Fly
3 set 10-12 ulangan
Low Pulley Row
3 set 10-12 ulangan
Bicycle Crunches
3 set 15-20 ulangan

Hari Kedua – Bahu, Bisep, Trisep

Tri Set 1:
Upright Row
3 set 10-12 ulangan
Tricep Pushdown
3 set 10-12 ulangan
Incline Curl
3 set 10-12 ulangan

Tri Set 2:
Bent Over Lateral
3 set 10-12 ulangan
Concentration Curl
3 set 10-12 ulangan
Lying Dumbbell Tricep Extension
3 set 10-12 ulangan
Tri Set 3:
Lateral Raises
3 set 10-12 ulangan
Hammer Curl
3 set 10-12 ulangan
Overhead Dumbbell Tricep Extension
3 set 10-12 ulangan

Hari Ketiga – Peha, Hamstring, Betis

Tri Set 1:
Squats
3 set 10-12 ulangan
Lying Leg Curl
3 set 10-12 ulangan
Standing Calf Raise
3 set 12-15 ulangan

Tri Set 2:
Leg Press
3 set 10-12 ulangan
Standing Leg Curl
3 set 10-12 ulangan
Calf Press
3 set 12-15 ulangan

Tri Set 3:
Leg Extension
3 set 10-12 ulangan
Stiff Legged Dead Lift
3 set 10-12 ulangan
Seated Calf Raise
3 set 15-20 ulangan


 akan jadi macam ni la nanti hahahahah akan akan akan


3. Kombinasi Giant Set
Kombinasi antara super set dan giant set. Dilakukan dengan 3-6 set tanpa rehat di dalam super set dan giant set. Rehat 60 saat antara super set.
Contoh:

Minggu Pertama:
Isnin (13-15 ulangan) / Rabu (10-12 ulangan) / Jumaat (8-10 ulangan)
Super Set 1:
Incline Bench Press

Close Grip Chin-up


Super Set 2:
Upright Row

Bent Over Lateral


Super Set 3:
Seated Incline Hammer Curl

Triceps Dip

Giant Set:
Lunges

Leg Curl

Squat

Calf Raise


Minggu Kedua:
Isnin (13-15 ulangan) / Rabu (10-12 ulangan) / Jumaat (8-10 ulangan)

Super Set 1:
Incline Bench Press

Close Grip Chin-up


Super Set 2:
Upright Row

Bent Over Lateral


Super Set 3:
Seated Incline Hammer Curl

Triceps Dip

Giant Set:
Lunges

Leg Curl

Squat

Calf Raise


Minggu Ketiga:
Isnin (13-15 ulangan) / Rabu (10-12 ulangan) / Jumaat (8-10 ulangan)

Super Set 1:
Incline Bench Press

Close Grip Chin-up


Super Set 2:
Upright Row

Bent Over Lateral


Super Set 3:
Seated Incline Hammer Curl

Triceps Dip

Giant Set:
Lunges

Leg Curl

Squat

Calf Raise


Minggu 4-6:
Isnin (13-15 ulangan) / Rabu (10-12 ulangan) / Jumaat (8-10 ulangan)
Super Set 1:
Incline Bench Press

Close Grip Chin-up


Super Set 2:
Upright Row

Bent Over Lateral


Super Set 3:
Seated Incline Hammer Curl

Triceps Dip

 
Giant Set:
Lunges

Leg Curl

Squat

Calf Raise

May 3, 2011

apa yerrrrrrrrrr

bila dah tak tahu nak tulis apa2 tak ada apa nak dicerita kan... arrrrrrrr ada ada kisah ia itu bagai mana bermulanya penubuhan kelas latihan puchung pada awal 2001 ia itu tempat aku belajar silat laaaa ni gambar dia.... semalam aku dapat dari jurulatih... tapi biasa la gambar ambil dari handfon tak berapa cantik ini adalah gambar peringkat awal pembinaannya....
 persatuan silat cekak silat yang aku belajar
 guru utama dan isterinya
 awal pembinaan
 tembok besar yang banyak sejarah dan byk keringat yg telah dikerahkan untuk membuatnya
 pandangan awal tapak pusat latihan ini
 atas dasar bersatu yang dipegang  pasti akan berjaya
 ni jurulatih aku pompuan tu aku tak kenal sekendel dia kut her her her
 maka tertubuhla rumah latihan tempat aku berlatih silat
 pemandangan awal tanah tapak pusat latihan
jurulatih aku salah seorang yang memerah keringat memasang batu untuk tembok besar pusat latihan puchong

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...