March 9, 2011

CBR250R

2011 Honda CBR250R
Honda telah mengeluar dan menawarkan model terbaru, CBR250R di Thailand pada November lepas. Yang menariknya motosikal tourer ini adalah model global yang mana senarai importnya adalah Jepun, Eropah, Amerika Utara, Australia dan ASEAN. Bila bercakap pasal ASEAN maknanya Malaysia pun masuk senarai jo!
Penyelidikan dan pembangunan [R&D] CBR250R dimulakan secara asas di Thailand dan dilanjutkan di Jepun. Untuk memenuhi pelanggan dengan pelbagai citarasa, Honda menggunakan konsep “Sport Quarter for One World, CBR250R” dengan tujuan memberikan keseronokan tunggangan sama ada untuk penunggang baru atau lama.
2011 Honda CBR250R
Honda India turut akan mengeluar CBR250R untuk pasaran India dan Amerika Selatan. Motosikal ini digerakkan dengan enjin sejukan cecair 250cc empat lejang DOHC baru yang senang untuk digunakan. Enjin ini juga menepati piawaian emisi Euro 3, suatu yang wajib untuk motosikal global. Sistem minyak menggunakan teknologi Honda yang terkenal iaitu PGM-FI dan sensor 02 dengan catalyzer dalam ekzos.
2011 Honda CBR250R
Fairing penuh motosikal ini bukan hanya untuk estetik sahaja malahan turut berfungsi dalam pengendalian disamping pengawalan angin pada penunggang mahupun enjin. Dari segi keselamatan pula, CBR250R dilengkapi Combined ABS yang berfungsi menjadikan motosikal lebih stabil semasa membrek, Combined Brake System [CBS] adalah sistem brek bersilang antara depan dan belakang manakala Anti-Lock Brake System [ABS] adalah sistem brek yang menghalang roda daripada terkunci sewaktu brek mengejut atau keadaan yang tidak disangka.
Namun, yang paling hebat adalah harganya. Di India motosikal ini dijual di bawah RM15 ribu.
Sumber foto: Honda

No comments:

Post a Comment

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...