March 30, 2011

yang kucari sejarahnya......pekaka atau tanjung

Sejarah Keris Tajung boleh di kesani semula sehingga kezaman seawal abad ke 2 bilamana kerajaan Langkasuka mula-mula bertapak. Kerajaan ini kemudiannya dikenali sebagai Pattani, dipercayai adalah satu tamaddun yang terawal ujud di sebelah sini.
Keris Tajung yang bermaruah dan amat istimewa ini telah melalui beratus tahun proses penghalusannya hingga kepada apa yang terdapat pada hari ini.

Walaubagaimanapun ia selalu menjadi barangan yang utama didalam kebesaran kerajaan Melayu yang membawa erti kekuatan, kekuasaan dan simbol pemerintahan raja yang menyaksikan raja sebagai watikah untuk memerintah.
Satu kerja seni yang amat tinggi, Keris Tajung adalah satu yang unik. Penghasilannya hanya berjaya dengan pengetahuan yang amat mendalam terhadap simbolik dan penggunaan bahan yang terpilih yang bergabung dengan seorang seniman yang betul-betul berdedikasi.
Hingga kini, penilaian keris tajung sebagai satu objek seni selalu di lindungi dengan kepercayaan yang lebih terhadap kekuatan mistikal. Sesuatu yang sangat perlu dilakukan ialah untuk menyedarkan semula masyarakat agar mereka mengenali dan menghargai karya seni ini.

Usaha ini  perlu dipercepatkan kerana objek yang telah ujud beratus tahun ini mengandungi sejarah disebaliknya.  Keris tajung ini tersimpan sebagai bukti sejarah yang telah melalui proses penghalusan dan menjadi tonggak kepada Tamaddun Sejarah Melayu.
Proses ini akan memakan masa tetapi kepada mereka yang mengetahui dan menghargai, Keris tajung akan terus menjadi bahan bukti akar umbi yang sudah pastinya akan menguatkan  lagi warisan sejarah dan yang paling penting sebagai objek seni yang tinggi.

Keris Tajung selimbat lepas,
            Jatuh dikaki kaki tak luka
Peluk cium bertukar nafas,
            Jatuh dihati hati tak lupa.

terima kasih daerah kami

March 29, 2011

aku idamkan.....



aku idamkan sebilah keris pekaka atau nama lainnya tajung dan badik ukir seperti ini akan jadi milika aku pada satu hari nanti..... nanti itu bila aku pun tak tahu.....yang pastinya bila kita berusha untuk mendapatkan sesuatu peluang untuk memilikinya pasti akan ada....bagi aku....aku sedang berusaha utuk mendapatkan dua benda ini.....

March 21, 2011

pertemuan dgn lang...

cuti sekolah lalu aku jalan2 bawak anak2 pergi bercuti kat bukit merah... dalam perjalanan pulang aku singgah bermalam di kampung changkat lade kg aku lerrrr... dan sempat pergi ke pekan teluk intan utk beli dapur opah yang baru... sbb dapurnya dah rosak... sambil beli dapur sempat juga kau singgah kat tempat org jual2 senjata2 melayu di teluk intan dan hasilnya dapat lah aku sebilah parang yang aku gelarkan lang kuik si parang terbang hahahahahaha ok tak...
 sijalak dah ada kawan


March 14, 2011

cincin aku sayang....

ni dia dua bentuk cicin yang aku suka pakai yang warna unggu tu namanya delima daging aku dapat masa aku tgh gila cari batu cincin kat pasar keramat... yang warna merah aku tak pasti batu apa tapi yang pentingnya batu ni opah aku beli masa dia buat umrah dgn mak pada tahun 2010... opah aku masuk ni dah 3 kali bagi aku batu cincin dan pernah dua kali dia siap tempah kan aku cincin suasa tapi aku tak jaga dgn baik ceritanya segan pulak aku nak ceritakan tak per laaaa biar aku sendiri jer yang tahu mana perginya cincin yang opah aku buat kan tu...... cerita lama yang meyedihkan.....

March 9, 2011

CBR250R

2011 Honda CBR250R
Honda telah mengeluar dan menawarkan model terbaru, CBR250R di Thailand pada November lepas. Yang menariknya motosikal tourer ini adalah model global yang mana senarai importnya adalah Jepun, Eropah, Amerika Utara, Australia dan ASEAN. Bila bercakap pasal ASEAN maknanya Malaysia pun masuk senarai jo!
Penyelidikan dan pembangunan [R&D] CBR250R dimulakan secara asas di Thailand dan dilanjutkan di Jepun. Untuk memenuhi pelanggan dengan pelbagai citarasa, Honda menggunakan konsep “Sport Quarter for One World, CBR250R” dengan tujuan memberikan keseronokan tunggangan sama ada untuk penunggang baru atau lama.
2011 Honda CBR250R
Honda India turut akan mengeluar CBR250R untuk pasaran India dan Amerika Selatan. Motosikal ini digerakkan dengan enjin sejukan cecair 250cc empat lejang DOHC baru yang senang untuk digunakan. Enjin ini juga menepati piawaian emisi Euro 3, suatu yang wajib untuk motosikal global. Sistem minyak menggunakan teknologi Honda yang terkenal iaitu PGM-FI dan sensor 02 dengan catalyzer dalam ekzos.
2011 Honda CBR250R
Fairing penuh motosikal ini bukan hanya untuk estetik sahaja malahan turut berfungsi dalam pengendalian disamping pengawalan angin pada penunggang mahupun enjin. Dari segi keselamatan pula, CBR250R dilengkapi Combined ABS yang berfungsi menjadikan motosikal lebih stabil semasa membrek, Combined Brake System [CBS] adalah sistem brek bersilang antara depan dan belakang manakala Anti-Lock Brake System [ABS] adalah sistem brek yang menghalang roda daripada terkunci sewaktu brek mengejut atau keadaan yang tidak disangka.
Namun, yang paling hebat adalah harganya. Di India motosikal ini dijual di bawah RM15 ribu.
Sumber foto: Honda

kepeluan atau kepuasan

beli kereta baru.... untuk ganti kereta lama... yang masih lagi boleh bergerak yang masih lagi boleh beroperasi seperti biasa... keperluan atau kepuasan???

March 8, 2011

tak tau nak cerita apa...pau ok tak???

apa yang nak aku ceritakan hari ini... tentang bisnusss ermmm ada la sikit laaa petang tadi p belanjer orang opis makan pau yang aku nak jual kat kantin jabatan ukur.. ni projek dalam pembikinan kalau jadi ok kalau tak pun aku tak cuak sangat... pau aku ambil kat shazana pau shop kg baru tempat biasa aku ambil pau... selepas di cuba member kata ok dan boleh jual pau kat kantin esok aku nak bagi tuan kantin pulak rasa kalau dia setuju dfalam minggu depan boleh la aku p cari bekas kukus kat nilai....moga2 usaha kau berjaya mohon doa dari kalian semua.....ribuan terimakasih...

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...