April 8, 2014

kelemahan diet artkin

Banyak pakar kesihatan berpendapat bahawa diet atkin ada banyak kelemahan. Antaranya, Robert H. Eckel seorang doktor perubatan dan pengarah di pusat penyelidikan umum klinikal di University of Colorodo Health Sciences Center di Denver bersetuju bahawa diet atkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi dalam masa sama boleh menyebabkan sakit jantung. Diet ini juga dikatakan berpotensi merapuhkan tulang dan juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang dengan kemasukan protein yang tinggi.
Gail Frank, PhD daripada American Dietetis Association juga mengatakan kebimbangan tentang diet atkin ini dengan mengatakan bahawa badan kita memerlukan sekitar 150g karbohidrat sehari untuk badan dan otak berfungsi dengan baik, jika tidak aktiviti pembakaran pasti terganggu. Frank berkata bahawa otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik dan memakan masa yang lama untuk memecahkan lemak dan protein untuk sampai ke otak.
Seorang penulis, Barbara Rolls, PhD yang juga ketua di Guthrie Chair in Nutrition di Penn State University berkata bahawa tiada siapa pernah menunjukkan kebaikan diet atkin jika dibandingkan dengan pengurangan kalori.
Terlalu banyak yang membantah diet atkin ini dan sehingga kini, diet atkin belum terbukti berkesan. Rata-rata bersetuju bahawa diet atkin yang tinggi protein, tinggi lemak boleh menyebabkan beberapa masalah termasuk sakit jantung. Disebabkan hal ini, diet atkin kurang mendapat sokongan walaupun Atkin ada peminatnya sendiri. Saya pernah duduk dengan kumpulan fitness specialist di Malaysia, bila bertanya tentang diet atkin, ada seorang sahaja bersetuju dan yang lain membantah.
Jika tanya pendapat saya, saya tidak menggalakkan diet atkin digunakan. Untuk membakar lemak dan menjalankan fungsi badan sepenuhnya perlukan kehadiran karbohidrat. Kenapa perlu menyekat rasa nikmat makan karbohidrat? :D. Diet tarbaik pada saya, adalah menurut piramid pemakanan. Saya kira ramai yang bersetuju dengan piramid makanan.

wahhhhhhhhhhhhhh risau jugak kalau macam ni...ermmmm buat yg mana patut jer laaaaa

Pernahkah kita belajar suatu ketika dahulu, bagaimana pemakanan yang sihat? sistem piramid makanan? bagaimanakah bentuknya? Karbohidrat di bawah, bukannya di atas. Berdasarkan bacaan sistem piramid, di bawah bermaksud pengambilan lebih. Itu piramid pemakanan yang klasik. Kenapa saya kata klasik? kerana terdapat sedikit perubahan pada tahun 2011. Secara ringkasnya sistem piramid pemakanan yang baru masih meletakkan majoriti karbohidrat  di bawah. Dahulu dah elok-elok belajar sistem piramid makanan, tetiba jadi pengikut atkin. Karbohidrat terus berada di atas. Lemak dan protein berada di bawah. Adakah ini menunjukkan sistem pembelajaran di sekolah salah?
Sebelum anda bercadang memulakan diet terlalu rendah karbohidrat, fahami fisiologi dan struktor sel. Di sel badan terdapat simpanan glikogen. Apabila terlalu rendah kemasukan karbohidrat, simpanan glikogen ini akan menyusut. Untuk pengetahuan anda, setiap gram glikogen menyimpan 4 gms air. Jadi apabila berlaku penyusutan simpanan glikogen, berlaku juga penyusutan air. Jadi secara logiknya, berat akan menyusut.
Maka dengan penyusutan itu, bergembiralah ramai orang kerana berjaya menurunkan berat. Seminggu turun sebanyak 5 hingga 10 kg. Bagaimana jika seseorang yang mengamalkan diet terlalu rendah karbohidrat kembali kepada diet biasa? simpanan glikogennya meningkat kembali? adakah seseorang itu akan terikat dengan diet jenis itu seumur hidup?
Secara logiknya bagi seseorang yang normal, bukan atlet, apabila menurunkan kemasukan karbohirat, adakah akan berlaku peningkatan kemasukan protein? Peningkatan peratus ya, tetiba bagaimana dengan jumlah kemasukan protein? jika ada peningkatan pun berapa banyak? adakah cukup untuk menampung keperluan badan? secara tidak langsung memang tidak cukup dan terus menjadikannya rendah kalori. Bukan setakat rendah tetapi terlalu rendah berbanding keperluan.
Bayangkan seseorang yang biasa makan sehari 4 pinggan nasi ayam, tiba-tiba makan ayam untuk 1 hidangan sahaja. Dah pasti badan ‘mengecut’. Adakah mengecut bersamaan bakar lemak? Apa kesannya diet jenis ini untuk jangka masa panjang?
sumber dari zaki khan blog

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

No comments:

Post a Comment

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...