April 10, 2011
Pengalaman perjalanan hidup kita....
semua orang ada pengalaman perjalanan hidup yang berbeza2 dan unik termasuk aku.... dan kadangkala kita boleh tersenyum dan menjadi muram apabila kita terkenangkan segala perjalanan hidup yang telah pun kita tempuhi... yang baik yang buruk yang duka yang suka yang derita yang lara dan yang shyooooknya adalah apabila kita dapat apa yang kita hajati walaupun terpaksa menunggu biarpun selama 10 tahun lamanya...dan setahu aku tiga benda yang boleh menjadikan sesebuah perjalanan kehidupan menjadi indah atau sebaliknya ialah 1) HARTA 2) WANITA 3) TAHTA(atau kata liannya pangkat atau darjat) selalunya...biasanya ... apabila ada 3 benda ni makanya ianya akan menjadi mudah dan penuh warna warni lah perjalanan hidup itu di dunia ini.... moga semua dapat meneruskan perjalanan hidup dengan penuh bermakna walaupun tak bermakna untuk semua umat maknusia sekurang-kurangnya ia bermakna untuk diri kita
April 7, 2011
gym dah bermula.....
capur hari ni dah tiga hari aku mula pergi gym semula... badan dah rasa berat dan bini dah mula bising sebab perut dah makin membesar....jadi apabila kaadaan begini berlaku maka bersenam lah jawapan yang baik untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik... memandangkan dah masuk gym baik aku teruskan minat dalam bina badan...
gym baru aku huhuhuhu ok la banyak alat tak jadi juga kali ni tak tahu la aku....
gym baru aku huhuhuhu ok la banyak alat tak jadi juga kali ni tak tahu la aku....
April 5, 2011
karipap pusing-pusing.....
dalam perancangan aku nak jual karipap pulak... jadual macam biasa sama time dgn jual pau iaitu pada hari sabtu dan ahad saja kali ni karipap datang khas dari klang memang sedap bagi aku la orang lain rasa tak tahu aku jual panas dan beku.... satu peket 20 biji RM 7.00
April 4, 2011
March 30, 2011
yang kucari sejarahnya......pekaka atau tanjung
Sejarah Keris Tajung boleh di kesani semula sehingga kezaman seawal abad ke 2 bilamana kerajaan Langkasuka mula-mula bertapak. Kerajaan ini kemudiannya dikenali sebagai Pattani, dipercayai adalah satu tamaddun yang terawal ujud di sebelah sini.
Keris Tajung yang bermaruah dan amat istimewa ini telah melalui beratus tahun proses penghalusannya hingga kepada apa yang terdapat pada hari ini.
Walaubagaimanapun ia selalu menjadi barangan yang utama didalam kebesaran kerajaan Melayu yang membawa erti kekuatan, kekuasaan dan simbol pemerintahan raja yang menyaksikan raja sebagai watikah untuk memerintah.
Satu kerja seni yang amat tinggi, Keris Tajung adalah satu yang unik. Penghasilannya hanya berjaya dengan pengetahuan yang amat mendalam terhadap simbolik dan penggunaan bahan yang terpilih yang bergabung dengan seorang seniman yang betul-betul berdedikasi.
Hingga kini, penilaian keris tajung sebagai satu objek seni selalu di lindungi dengan kepercayaan yang lebih terhadap kekuatan mistikal. Sesuatu yang sangat perlu dilakukan ialah untuk menyedarkan semula masyarakat agar mereka mengenali dan menghargai karya seni ini.
Usaha ini perlu dipercepatkan kerana objek yang telah ujud beratus tahun ini mengandungi sejarah disebaliknya. Keris tajung ini tersimpan sebagai bukti sejarah yang telah melalui proses penghalusan dan menjadi tonggak kepada Tamaddun Sejarah Melayu.
Proses ini akan memakan masa tetapi kepada mereka yang mengetahui dan menghargai, Keris tajung akan terus menjadi bahan bukti akar umbi yang sudah pastinya akan menguatkan lagi warisan sejarah dan yang paling penting sebagai objek seni yang tinggi.
Keris Tajung selimbat lepas,
Jatuh dikaki kaki tak luka
Peluk cium bertukar nafas,
Jatuh dihati hati tak lupa.
terima kasih daerah kami
March 29, 2011
aku idamkan.....
aku idamkan sebilah keris pekaka atau nama lainnya tajung dan badik ukir seperti ini akan jadi milika aku pada satu hari nanti..... nanti itu bila aku pun tak tahu.....yang pastinya bila kita berusha untuk mendapatkan sesuatu peluang untuk memilikinya pasti akan ada....bagi aku....aku sedang berusaha utuk mendapatkan dua benda ini.....
March 21, 2011
pertemuan dgn lang...
cuti sekolah lalu aku jalan2 bawak anak2 pergi bercuti kat bukit merah... dalam perjalanan pulang aku singgah bermalam di kampung changkat lade kg aku lerrrr... dan sempat pergi ke pekan teluk intan utk beli dapur opah yang baru... sbb dapurnya dah rosak... sambil beli dapur sempat juga kau singgah kat tempat org jual2 senjata2 melayu di teluk intan dan hasilnya dapat lah aku sebilah parang yang aku gelarkan lang kuik si parang terbang hahahahahaha ok tak...
sijalak dah ada kawan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule dinyatakan bertujuan untuk merawat Retinopati diabetik , Vena varikos , Pengagregatan plat...
-
“Elak kena, tangkis makan" Keraguan yang biasa diajukan oleh banyak orang terutamanya pelajar baru atau ahli silat dari perguruan la...
-
Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule dinyatakan bertujuan untuk merawat Retinopati diabetik , Vena varikos , Pengagregatan plat...
-
Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan...















