October 28, 2010

hari ini...

apa nak catat hari ni....

Soal Jawab Agama
Adakah cukup dengan lafaz “aku bertaubat dan menyesal” dengan perbuatan lama serta cuba untuk menjadi hamba yang soleh/solehah sahaja tanpa melakukan solat sunat taubat atupun taubat nasuha?

Penjelasan:
Tidak perlu apa-apa lafaz untuk bertaubat. Terdapat empat langkah yang perlu dilakukan oleh orang yang ingin bertaubat: 
(1) Menyesali perbuatan salah yang telah dilakukan.

(2) Memohon keampunan kepada Allah. Ini dilakukan dengan solat sunat taubat,

(3) Berhenti melakukan kesalahan tersebut dan,

(4) Berusaha untuk memperbanyakkan amal shalih seperti kerja-kerja sukarelawan yang bermanfaat untuk agama dan masyarakat. Langkah keempat adalah penting supaya orang yang bertaubat berterusan dengan taubatnya. Jika dia memperlekehkan amal shalih, kemungkinan besar dia akan kembali melakukan kesalahan yang awal.

ermmmmmmmmmmm dah ada rasa nak bertaubat......

October 27, 2010

GYM mbsj taman puchung indah Puchung

ni lah gym sementara aku buat masa ni tak banyak barang tapi cukup untuk aku membangkitkan semula semangat untuk main besi semula...

Bersaloka Adakah Kita

Bermula inilah rupanya syair.
Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang di dalam gundah gulana
Barangkali gurindam kurang kena
Tuan betulkan dengan sempurna
Inilah arti gurindam yang di bawah syatar ini
Persamaan yang indah-indah
Yaitu ilmu yang memberi faedah
Aku hendak bertutur
Akan gurindam yang beratur

INI GURINDAAM PASAL YANG PERTAMA
Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama

Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat

Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah

Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri

Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya

Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat
dari tepak sirih

October 26, 2010

cerita senang laaaaaa

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
cakap senang laaaa nak buat payahhhhhh.....

October 24, 2010

Dalam Pembikinan

gerai pau dalam proses pembesaran tak tahu bila akan siap
sebab kos penyiapannya kurang.....biasa laaa peniaga kecil

kelipan masa....

sedar tak sedar dah nak habis tahun 2010, macam macam yang terjadi pada tahun ini, tapi Alhamdulilah dapat aku tempuhi dengan agak jayanya,,, walau apa pun yang berlaku masa tetap akan berjalan dan kita tetap akan melalaui masa- masa tersebut dengan seribu satu kisah kehidupan...pada hari ahad 24.10.2010 sempat aku bawak anak2 p ke sebuah taman di Cyberjaya taman permainannya besarrrrrr puas anak2 aku main

October 22, 2010

tempata aku kerja


tempat aku kerja sekarang ni, mula dari pertengahan puasa 2010 tempoh hari, tempatnya ok jerrrr,, tapi yang pasti kat sini tak payah nak berhadapan dengan ramai orang

October 21, 2010

just info


Bina Badan dan Islam

Islam tidak mengharam atau melarang segala riadah yang dapat membantu umat atau penganutnya mendapat nikmat dari hasil riadah tersebut kepada tubuh badan individu tersebut. Maka, bina badan tidaklah dilarang atau diharam oleh Islam. Apa yang menjadi persoalan ialah tingkah-laku dan kelakuan pengamal sukan ini.
Islam juga menggalakkan penganutnya menjaga badan dan pemakanannya seperti pemikiran ahli sains dan para penasihat makanan didunia. Bina badan dapat membina keselamatan, meningkatkan kesihatan dan pemikiran individu terbabit yang mengamalkannya. Bukan saja mendapat fizikal yang sihat tetapi juga mental yang sihat.Serta dapat membina keyakinan pada individu itu. Sukan atau riadah bina badan ini juga dapat membantu dalam mengatasi masalah kegemukan, ini kerana, bina badan bukannya fokus atau tertumpu kepada pembentukan otot sahaja malah pada keseluruhan badan juga. Pembentukan otot tidak akan terhasil dengan mengangkat berat atau bebanan sahaja, malah pembakaran lemak badan juga perlu dibantu dengan senaman

Protein penting untuk bina badan.....

Protein

Dari Wikipedia
Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.
Protein boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu protein fibrous yang banyak bergantung kepada struktur sekunder dinama bentuk protein ini boleh diulang. Manakala bentuk kedua ialah protein globular (enzim dan antibodi) yang banyak bergantung kepada interaksi struktur tertiar. Terdapat 20 jenis Asid Amino yang digunakan untuk membentuk rantaian polipeptida (protein) Fungsi, bentuk, saiz dan jenis protein akan ditentukan oleh jenis, bilangan dan taburan asid amino yang terdapat di dalam struktur tersebut.
Percantuman beberapa Asid Amino dinamakan tindakbalas kondensasi dengan dicirikan berlakunya pembentukan ikatan peptida dan pembentukan molekul air. Percantuman ini akan menghasilkan rantaian peptida yang lebih dikenali sebagai polipeptida dengan mempunyai dua hujung rantaian yang berbeza sifatnya.
Di hujung yang mempunyai kumpulan amino dikenali sebagai terminal N (amino) dan hujung yang mempunyai kumpulan karboksil dikenali sebagai terminal N. penyambungan rantaian asid amino ini memerlukan tenaga yang tinggi dan ketepatan turutan asid amino dalam rantaian ini pula bergantung kepada koordinasi di antara mRNA dan tRNA.
Protein yang dibentuk dengan hanya menggunakan satu polipeptida dinamakan sebagai protein monomerik dan yang dibentuk oleh beberapa polipeptida contohnya hemoglobin pula dikenali sebagai protein multimerik.

October 19, 2010

khasiat buah...




Di negara-negara maju, seperti di Amarika dan Eropah, kalimat ini bukan saja sangat popular tetapi juga diyakini oleh masyarakatnya, bahwa dengan mengkonsumsi sebuah apel sehari seseorang akan tetap sihat. Bahkan bukan hanya sihat, jauh dari doktor tetapi juga cantik, dengan kulit yang halus serta tubuh yang langsing.
Bagi kesihatan, buah apel mempunyai manfaat yang nyata dalam hal
(1) menurunkan kolesterol darah
(2) menurunkan tekanan darah
(3) menstabilkan gula darah
(4) meningkatkan HDL
(5) membunuh virus infeksi
(6) mengurangi nafsu makan
(7) memperlancar pencernaan
(8) mempertahankan kesehatan syaraf
(9) agen anti kanser
(10) menjaga kesihatan jantung.
Khasiat buah apel bagi kesihatan, sedemikian rupa berhubungan dengan zat-zat gizi maupun non gizi yang terkandung di dalam buah apel. Kandungan zat-zat gizi dalam 100 gram buah apel adalah sebagai berikut :
Zat Gizi / Jumlah terkandung :
Energi / 58,00 kal
Protein / 0,30 g
Lemak / 0,40 g
Karbohidrat / 14,90 g
Kalsium / 6,00 mg
Fosfor / 10,00 mg
Serat / 0,70 g
Besi / 1,30 mg
Vitamin A / 24,00 RE
Vitamin B1 / 0,04 mg
Vitamin B2 / 0,03 mg
Vitamin C / 5,00 mg
Niacin / 0,10 mg
Dibandingkan dengan jeruk, apel mengandung 50 % lebih banyak vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk menyembuhkan influenza dan infeksi lainnya. Khasiat lainnya menjaga mata dalam kondisi baik dan mencegah kebutaan.
Apel mempunyai kandungan vitamin C dan B yang penting untuk mempertahankan kesihatan saraf. Vitamin C penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Mineral besi (Fe) pada buah apel, meskipun kandungannya tidak tinggi tetapi mempunyai kemampuan untuk membantu penyerapan Fe dari makanan lain seperti telur dan hati. Demikian pula kalsium dalam apel, dapat membantu sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dari makanan lain.
Di samping zat-zat gizi tersebut di atas, rahsia apel sebagai pencegahan penyakit terletak pada kandungan karotin dan pektinnya yang merupakan serat larut dalam air. Pektin merupakan salah satu tipe serat kasar yang mempunyai beberapa keuntungan, karena merupakan serat yang berbentuk gel, pectin dapat memperbaiki otot pencernaan dan mendorong sisa makanan pada saluran pembuangan. Pektin juga dikenal sebagai antikolesterol, bila berinteraksi dengan vitamin C dapat menurunkan kolesterol darah. Selain itu, pektin juga dapat menyerap lebihan air dalam usus dan memperlunak feses serta mengikat dan menghilangkan racun dalam isi usus.
Apel juga mengandung sejumlah senyawa yang berfungsi sebagai anti kanser. Penemuan mengemukakan bahwa senyawa tersebut meliputi: ellagic, asam caffeic, klorogenik dalam jumlah 100 âۉ€Å“ 130 mg/100 g, terutama terdapat pada apel segar.
Buah apel mempunyai indeks glikemik (indeks pengukuran tentang cepatnya peningkatan gula darah) yang sangat rendah. Hal ini berarti bahwa pergantian gula yang terdapat secara alami pada apel tidak akan memacu kecepatan naiknya gula darah. Apel juga berfungsi mengontrol keluarnya insulin, sehingga tidak berlebihan. Bila dilakukan secara teratur dapat menjaga keseimbangan gula darah, selain itu apel juga dapat menurunkan tekanan dan kolesterol darah, jadi makan lah buah apel untuk kesihatan

moga-moga aku dapat sampai sini...

October 18, 2010

Sunnah Nabi SAW

Dari Jabir ra., ia berkata :”Sesungguhnya Rasulullah SAW menyuruh untuk membersihkan tangan dan piring ketika makan. Beliau bersabda : “Sesungguhnya kalian tidak tahu dimana letak keberkahan makanan itu.” (HR. Muslim).
Dalam riwayat lain dikatakan, Rasulullah SAW bersabda : “Jika makanan salah seorang di antara kamu jatuh, hendaklah ia mengambilnya dan membersihkan kotoran yang melekat kemudian makanlah, dan jangan biarkan makanan itu untuk setan. Dan janganlah kamu membersihkan tangan dengan sapu tangan sebelum membersihkan jari-jari tangan dengan mulut, karena sesungguhnya ia tidak tahu di mana letak keberkahan makanan itu.”

October 17, 2010

proton waja baru

telah berada di pasaran bermula 17.10.2010 semalam aku dapat tengok sat kat manjong

Perjalanan...

hari sabtu tak p mana-mana buat rutin biasa jual pau tapi pada hari ahad aku sibuk dari pukul 7 pagi hingga pukul 3 pagi sibuk betul aku ni....
hari ahad pagi2 dah sediakan gerai pau untuk isteriku tolong jagakan pas tu bersiap p kenduri sahabat cekak ku di bagan datok perak, lepas tu terus p bukit mertajam p tengok guru yang kurang sihat... jam 6 ptg sampai di bukit mertajam,  jam 7.00 malam bertolak balik ke kuala lumpur dua hari perjalanan kehidupan aku yang berbeza....

October 14, 2010

yang ku idam-idamkan

satu hari nanti akan pasti aku miliki







harapan belanjawan 2010

Penjawat awam harap bonus 2 bulan

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemberian bonus kepada kakitangan awam dan usaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam adalah antara harapan rakyat dalam Bajet 2011 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat esok.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota hari ini mendapati, orang ramai mahu bajet itu memberi faedah menyeluruh kepada rakyat manakala kakitangan awam berharap mengharapkan bonus sekurang-kurangnya dua bulan.
Kakitangan awam, Normazmin Che Ad, 30, berharap Perdana Menteri akan mengumumkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam pada pembentangan bajet esok kerana ia dapat membantu meringankan kos sara hidup yang semakin tinggi.
"Bonus merupakan imbuhan tambahan yang bakal menyuntik semangat kami untuk terus bekerja dengan lebih baik," katanya di sini hari ini.
Seorang lagi penjawat awam, Ruslinda Yahya, 42, juga mahu kerajaan pertimbangkan pemberian bonus khas kepada kakitangan kumpulan sokongan.
"Dengan pemberian bonus akan dapat meringankan beban golongan tersebut kerana bergaji rendah lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja di bandar-bandar besar," katanya.
Seorang pemandu, Gunalan Athimoolan, 31, berpendapat, kerajaan harus meluaskan jaringan pengangkutan awam terutama kereta api antara bandar bagi membantu mengurangkan kos pengangkutan.
Sementara itu, eksekutif teknologi maklumat, David Cheah, 32, pula berharap kerajaan akan terus memberi inisiatif yang dapat menarik pelaburan langsung asing (FDI).
"FDI yang kukuh akan menjadi pemacu utama ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan oleh kerajaan," katanya.....utusan on line 15.10.2010

kejadian di simpat ampat melaka

kejadian berlaku pada 10.10.2010

















segala yang terjadi sudah di takdirkan YANG MAHA ESA

October 13, 2010

pantun aku tak gentar....

Ambil kapak belah ke kundur,
Baik terbelah si ibu kaki;
Walau setapak saya tak undur,
Itu adat anak laki-laki.

Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi;
Apa guna berambut panjang,
Kalau tidak berani mati.

Apa guna padi bukit,
Padi di bendang menabur bunga;
Apa guna hati sakit,
Mati bertikam termasyhur lama.

Baik-baik mengail tenggiri,
Takut terkena ikan parang;
Baik-baik merendah diri,
Jangan menjadi hamba orang.

Jika terjumpa ular tedung,
Carilah buluh kayu pemukul;
Berani buat beranilah tanggung,
Tangan menjinjing bahu memikul.

Sudah ditentukan.......

Dalam kehidupan banyak rintangan yang kita harus tempuhi
jagan berundur... rempuh sahaja kerana itu adalah 
asam garam kehidupan yang harus ditempuhi....
jangan berundur jika berundur bukan bermakna tiada rintangan yang akan datang ia pasti akan datang jua... tempuhinya dengan segala kekuatan yang ada....
kerana pesan orang2 lama 
"segala usha yang bersungguh2 pasti akan berjaya" 
 P/s orang yang nak senang atas kepayahan orang lain akan pasti menerima balasan pasti....

October 12, 2010

Baru aku terfikir

Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan,
Berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan,
Berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan,
Orang tak ada otak memang tak boleh berfikir...

gerai pau dan tuan punya...


October 11, 2010

Orang2 tua kata....

"kalau dah mulakan perjalanan jangan berpatah balik" 
sebab takut terjadi benda yang tak baik...
tapi kalau dompet tertinggal.... 
dalam dompet ada duit dan lesen memandu dan 
benda-benda penting 
kena juga berpatah balik....
maka terjadilah macam yang dikatakan oleh 
orang tua2.... atas diri aku
aku sedar dompet aku tertinggal 
masa nak isi minyak motor kat petrolnas bukit jalil
jadi aku berpatah balik elok jer sampai
kat sekolah sukan bukit jalil ada pulak polis buat sekatan 
jalan raya dah aku kena tahan......
teringat aku pesan guru katanya 
"cakap biar betul" 
jadi aku hanya bercakap benar saja
alhamdulilah aku tak kena saman tapi aku sampai lambat dah pulak nak kena mintak bos tandatangan 
kad kedatangan... dan nasib baik bos faham.....

gambar guru semasa muda

masih lagi guru ku


KITA BERSILAT BUKAN KERANA SILAT
KITA BERSILAT KERANA AGAMA
KITA BERSILAT BUKAN KERANA SILAT
KITA BERSILAT KERANA ALLAH

October 10, 2010

aku pun nak tempah satu nanti......





lading kepunyaan sahabat yg tinggal di jalan kebun....
terimakasih abg talha

Biarkan berlalu

hari isnin...... yang terjadi dah pun berlalu...
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul, supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut, aku telah pun mengalaminya....

October 8, 2010

Pesan guru.....

" Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

"Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita" 

"Bila anda tidak punya tujuan utama dalam hidup ini, maka anda pasti akan hanyut menuju kegagalan"  

"Agama bukan sekadar fikiran ataupun perasaan mahupun perbuatan, tetapi adalah pengukapan hidup sebagai keseluruhan" 

"Bila anda tidak punya tujuan utama dalam hidup ini, maka anda pasti akan hanyut menuju kegagalan"  

Satu perjalanan kehidupan....

Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.......

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...