October 29, 2010
October 28, 2010
hari ini...
apa nak catat hari ni....
Soal Jawab Agama
Adakah cukup dengan lafaz “aku bertaubat dan menyesal” dengan perbuatan lama serta cuba untuk menjadi hamba yang soleh/solehah sahaja tanpa melakukan solat sunat taubat atupun taubat nasuha?
Penjelasan:
Tidak perlu apa-apa lafaz untuk bertaubat. Terdapat empat langkah yang perlu dilakukan oleh orang yang ingin bertaubat:
(1) Menyesali perbuatan salah yang telah dilakukan.
(2) Memohon keampunan kepada Allah. Ini dilakukan dengan solat sunat taubat,
(3) Berhenti melakukan kesalahan tersebut dan,
(4) Berusaha untuk memperbanyakkan amal shalih seperti kerja-kerja sukarelawan yang bermanfaat untuk agama dan masyarakat. Langkah keempat adalah penting supaya orang yang bertaubat berterusan dengan taubatnya. Jika dia memperlekehkan amal shalih, kemungkinan besar dia akan kembali melakukan kesalahan yang awal.
ermmmmmmmmmmm dah ada rasa nak bertaubat......
October 27, 2010
GYM mbsj taman puchung indah Puchung
ni lah gym sementara aku buat masa ni tak banyak barang tapi cukup untuk aku membangkitkan semula semangat untuk main besi semula...
Bersaloka Adakah Kita
Bermula inilah rupanya syair.
Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang di dalam gundah gulana
Barangkali gurindam kurang kena
Tuan betulkan dengan sempurna
Inilah arti gurindam yang di bawah syatar ini
Persamaan yang indah-indah
Yaitu ilmu yang memberi faedah
Aku hendak bertutur
Akan gurindam yang beratur
INI GURINDAAM PASAL YANG PERTAMA
Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat
dari tepak sirih
October 26, 2010
cerita senang laaaaaa
Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
cakap senang laaaa nak buat payahhhhhh.....
October 24, 2010
Dalam Pembikinan
gerai pau dalam proses pembesaran tak tahu bila akan siap
sebab kos penyiapannya kurang.....biasa laaa peniaga kecil
kelipan masa....
sedar tak sedar dah nak habis tahun 2010, macam macam yang terjadi pada tahun ini, tapi Alhamdulilah dapat aku tempuhi dengan agak jayanya,,, walau apa pun yang berlaku masa tetap akan berjalan dan kita tetap akan melalaui masa- masa tersebut dengan seribu satu kisah kehidupan...pada hari ahad 24.10.2010 sempat aku bawak anak2 p ke sebuah taman di Cyberjaya taman permainannya besarrrrrr puas anak2 aku main
Subscribe to:
Posts (Atom)
Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule dinyatakan bertujuan untuk merawat Retinopati diabetik , Vena varikos , Pengagregatan plat...
-
“Elak kena, tangkis makan" Keraguan yang biasa diajukan oleh banyak orang terutamanya pelajar baru atau ahli silat dari perguruan la...
-
Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule dinyatakan bertujuan untuk merawat Retinopati diabetik , Vena varikos , Pengagregatan plat...
-
Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan...




.jpg)

.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)