February 13, 2011

kenal2 senjata melayu

Cucuk sanggul jenis ini biasanya digunakan juga sebagai senjata rahsia di saat kecemasan sebagai mempertahankan diri ianya amat bahaya kerana kesan lukanya tidak nampak teruk sebab pendarahan berlaku di dalam badan mangsa

February 10, 2011

kenal2 senjata melayu (lading)


Lading ialah senjata Melayu dari kategori parang. Sinonim di negeri Kedah. Ia juga adalah senjata rasmi aliran Silat Cekak yang berasal dari Kedah. Lading dibuat mengikut ukuran anggota pemakai. Senjata ini adalah unik di antara kelas senjata berbilah seperti parang dan pedang kerana ciri-ciri fizikal dan cara pemakaiannya yang amat berbeza.
Mata tajamnya hanya terdapat sekitar 2 atau 3 inci di hujungnya manakala keseluruhan bilahnnya adalah tumpul dan digunakan untuk menangkis senjata lawan. Lading digunakan sebagai senjata jarak dekat, tidak seperti parang yang boleh digunakan pada jarak sederhana. Ini adalah kerana ia dihunus terbalik dengan bilahnya dipegang supaya ia selari dengan lengan dan mata tajamnya terletak di tepi siku.
Ini membolehkan pakar pertempuran jarak dekat seperti seorang pesilat menyembunyikan senjatanya dari pandangan lawan sebelum masuk ke jarak bertempur yang sesuai baginya dan menidakkan kelebihan capaian parang atau pedang yang memerlukan ruang yang besar untuk berfungsi dengan berkesan. Oleh kerana ciri-ciri unik ini, ia digunakan secara menghiris dan hentakan (hulunya yang digenggam boleh digunakan untuk menumbuk) bukan menikam. Sasaran utama adalah rusuk, perut dan tangan lawan

mari kenal2 senjata melayu lama (Lawi Ayam)


Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.

Kerambit
Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.
Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tu

badik




kenal2 senjata melayu lama
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.
Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya diantara 18 - 20sm. dan lebar 2sm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Badik mempunyai mata yang tebal dibahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.
gambar dari cikgu nasir terimakasih diucapkan

February 9, 2011

ada duit

segalanya dalam dunia ini kerana duit...mana nak cari duit, macam mana nak dapat duit, kenapa kerana duit, ada duit adik sayang tak dak duit bay bay la yerrrr boleh ker kita hidup tampa duit tentu tak boleh segalanya dalam dunia memerlukan duit dgn duit kita boleh beli apa sajer yang ada dalam dunia ini kecuali mak bapak jer kut tu pun kalau kita hilang akal tapi kalau ada duit mungkin ada yang nak mangaku mak pak kita kut segalnya mungkin Sebut saja pasal duit semua orang berminat betul tak? Macam macam orang usaha untuk mendapatkan duit, dari cara yang halal sehinggalah ke cara yang haram. Ada yang sanggup mencuri, menipu dan macam macam lagi...




February 6, 2011

Mak Tam Kembali Ke Rahmatullah

4 Februari 2011, Bukit Mertajam - Hajah Radziyah Binti Said atau lebih dikenali sebagai Mak Tam, isteri kepada mantan Presiden & Guru Utama PSSCM, YM Tuan Haji Ishak Bin Itam telah kembali ke rahmatullah pada hari ini sekitar jam 6.00 - 7.00 pagi (dalam tidur) dalam usia 78 tahun.. Pengesahan kematian dibuat jam 10.00 pagi.  Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berapit, Bukit Mertajam  
dalam ingatan abadi

February 1, 2011

selamat bercuti

tahun baru cina tahun 2011 jatuh pada 3 dan 4 hari bulan 1 haribulan 2 hari wilayah bermakna ramai lah org2 opis aku ambil cuti untuk melengkapkan cuti untuk satu minggu... selamat beraya cina untuk semua walau pun bukan cina dan selamat bercuti panjang......

Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule  dinyatakan bertujuan untuk merawat  Retinopati diabetik ,  Vena varikos ,  Pengagregatan plat...