Banyak pakar kesihatan berpendapat bahawa diet atkin ada banyak
kelemahan. Antaranya, Robert H. Eckel seorang doktor perubatan dan
pengarah di pusat penyelidikan umum klinikal di University of Colorodo Health Sciences Center
di Denver bersetuju bahawa diet atkin boleh menurunkan berat badan
dengan cepat tetapi dalam masa sama boleh menyebabkan sakit jantung.
Diet ini juga dikatakan berpotensi merapuhkan tulang dan juga boleh
merosakkan hati dan buah pinggang dengan kemasukan protein yang tinggi.
Gail Frank, PhD daripada American Dietetis Association juga
mengatakan kebimbangan tentang diet atkin ini dengan mengatakan bahawa
badan kita memerlukan sekitar 150g karbohidrat sehari untuk badan dan
otak berfungsi dengan baik, jika tidak aktiviti pembakaran pasti
terganggu. Frank berkata bahawa otak memerlukan glukosa untuk berfungsi
dengan baik dan memakan masa yang lama untuk memecahkan lemak dan
protein untuk sampai ke otak.
Seorang penulis, Barbara Rolls, PhD yang juga ketua di Guthrie Chair in Nutrition di Penn State University berkata bahawa tiada siapa pernah menunjukkan kebaikan diet atkin jika dibandingkan dengan pengurangan kalori.
Terlalu banyak yang membantah diet atkin ini dan sehingga kini, diet
atkin belum terbukti berkesan. Rata-rata bersetuju bahawa diet atkin
yang tinggi protein, tinggi lemak boleh menyebabkan beberapa masalah
termasuk sakit jantung. Disebabkan hal ini, diet atkin kurang mendapat
sokongan walaupun Atkin ada peminatnya sendiri. Saya pernah duduk dengan
kumpulan fitness specialist di Malaysia, bila bertanya tentang diet atkin, ada seorang sahaja bersetuju dan yang lain membantah.
Jika tanya pendapat saya, saya tidak menggalakkan diet atkin
digunakan. Untuk membakar lemak dan menjalankan fungsi badan sepenuhnya
perlukan kehadiran karbohidrat. Kenapa perlu menyekat rasa nikmat makan
karbohidrat? :D. Diet tarbaik pada saya, adalah menurut piramid
pemakanan. Saya kira ramai yang bersetuju dengan piramid makanan.
wahhhhhhhhhhhhhh risau jugak kalau macam ni...ermmmm buat yg mana patut jer laaaaa
Pernahkah kita belajar suatu ketika dahulu, bagaimana pemakanan yang
sihat? sistem piramid makanan? bagaimanakah bentuknya? Karbohidrat di
bawah, bukannya di atas. Berdasarkan bacaan sistem piramid, di bawah
bermaksud pengambilan lebih. Itu piramid pemakanan yang klasik. Kenapa
saya kata klasik? kerana terdapat sedikit perubahan pada tahun 2011.
Secara ringkasnya sistem piramid pemakanan yang baru masih meletakkan
majoriti karbohidrat di bawah. Dahulu dah elok-elok belajar sistem
piramid makanan, tetiba jadi pengikut atkin. Karbohidrat terus berada di
atas. Lemak dan protein berada di bawah. Adakah ini menunjukkan sistem
pembelajaran di sekolah salah?
Sebelum anda bercadang memulakan diet terlalu rendah karbohidrat,
fahami fisiologi dan struktor sel. Di sel badan terdapat simpanan
glikogen. Apabila terlalu rendah kemasukan karbohidrat, simpanan
glikogen ini akan menyusut. Untuk pengetahuan anda, setiap gram glikogen
menyimpan 4 gms air. Jadi apabila berlaku penyusutan simpanan glikogen,
berlaku juga penyusutan air. Jadi secara logiknya, berat akan menyusut.
Maka dengan penyusutan itu, bergembiralah ramai orang kerana berjaya
menurunkan berat. Seminggu turun sebanyak 5 hingga 10 kg. Bagaimana jika
seseorang yang mengamalkan diet terlalu rendah karbohidrat kembali
kepada diet biasa? simpanan glikogennya meningkat kembali? adakah
seseorang itu akan terikat dengan diet jenis itu seumur hidup?
Secara logiknya bagi seseorang yang normal, bukan atlet, apabila
menurunkan kemasukan karbohirat, adakah akan berlaku peningkatan
kemasukan protein? Peningkatan peratus ya, tetiba bagaimana dengan
jumlah kemasukan protein? jika ada peningkatan pun berapa banyak? adakah
cukup untuk menampung keperluan badan? secara tidak langsung memang
tidak cukup dan terus menjadikannya rendah kalori. Bukan setakat rendah
tetapi terlalu rendah berbanding keperluan.
Bayangkan seseorang yang biasa makan sehari 4 pinggan nasi ayam,
tiba-tiba makan ayam untuk 1 hidangan sahaja. Dah pasti badan
‘mengecut’. Adakah mengecut bersamaan bakar lemak? Apa kesannya diet
jenis ini untuk jangka masa panjang?
sumber dari zaki khan blog
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah
berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan
Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih
dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja
sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi,
berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot,
menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat
menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam
kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah,
penganjur atau jemputan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule dinyatakan bertujuan untuk merawat Retinopati diabetik , Vena varikos , Pengagregatan plat...
-
“Elak kena, tangkis makan" Keraguan yang biasa diajukan oleh banyak orang terutamanya pelajar baru atau ahli silat dari perguruan la...
-
Doxium 500 Capsule xium 500 Capsule dinyatakan bertujuan untuk merawat Retinopati diabetik , Vena varikos , Pengagregatan plat...
-
Dikamar ku menyepi Hanya lilin menerangi Beginikah seksanya Hidup dalam penantian Ditabir tirai malam Ada insan kesepian, keseorangan... Dan...
No comments:
Post a Comment